Assalamualaikum... Kesemua 'post' dan 'content' di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang peniruan/penciplakan
tanpa izin adalah dilarang sama sekali. Harap maklum. Terima kasih .. ;)

Jasa baik anda amat dihargai ^.^

Friday, November 15, 2013

Damia Qaisara: Bab 8

"Damia, mengapa belum tidur lagi? Sudah lewat malam," Encik Sufian menegur anak bongsunya. "Damia belum mengantuk," jawab Damia ringkas sambil menonton televisyen. Kartun Oggy and The Cockroaches begitu mengasyikkan sehingga Damia leka. "Damia, kita perlulah berdisiplin, tidur awal. Bukankah esok sekolah? Tidak elok tidur lewat, faham? Jika tidur lewat untuk kebaikan tidak mengapa, tetapi Damia menonton televisyen, kartun pula itu. Damia sudah besar, pasti sudah faham, bukan?" Encik Sufian menasihati anaknya.

     Damia mencemuh. "Ayah, sebentarlah, ya? Damia mahu menghabiskan kartun ini dahulu." Encik Sufian menggelengkan kepala. "Tidak patut begitu, Damia. Sebagai seorang pelajar, kamu harus ada disiplin. Bukan seperti ini. Tahun depan kamu perlu menghadapi peperiksaan besar, tidakkah begitu?" Damia masih leka. Kata-kata ayahnya umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

     "Damia, jika kamu tidak mahu tidur sekarang, kamu akan didenda. Tidak boleh tidur di dalam bilik serta tidak akan mendapat duit poket untuk sekolah," Encik Sufian bertindak tegas. Damia merungut. "Yalah, yalah. Damia hendak tidurlah ini. Selamat malam." Damia berlalu tanpa mengendahkan ayahnya. Encik Sufian menutup suis televisyen dan lampu serta pendingin hawa. Puan Nurin yang sedari tadi hanya menghendap tingkah laku mereka tertawa kecil. Dia memandang jam antik setinggi enam kaki di ruang tamu. Sudah 10:30 malam, namun Azzamshah masih belum pulang. Hatinya dilanda resah. Sejak solat Asar sehingga kini, anak sulungnya itu masih belum pulang.

     "Nurin, mana Azzamshah?" teguran Encik Sufian menyebabkan khayalan Puan Nurin ghaib. Puan Nurin menjungkit bahu. "Dari petang tadi dia kata mahu pulang selepas solat Asar, sehingga sekarang belum pulang."

     "Mungkin dia qiyamullail di masjid," tutur Encik Sufian. "Mungkin juga, tetapi dia tidaklah serajin itu," sahut Puan Nurin. "Sudahlah, saya mahu tidur dahulu, biarkan pintu itu berkunci. Azzamshah membawa kunci tadi," sambung Puan Nurin. Encik Sufian mengangguk tanda akur.

     Baru sahaja Encik Sufian hendak mengunci pintu, kereta Azzamshah menyusur masuk ke perkarangan banglo itu. 'Tidak senonoh betul. Pukul 10:30 malam baru mahu pulang,' detik hati kecil Encik Sufian. "Assalamualaikum," di hadapan Encik Sufian Azzamshah berdiri. Dia tersengih menampakkan giginya yang teratur. "Kamu ke mana, lewat malam baru hendak pulang?" soal Encik Sufian dengan tegas. Azzamshah masih mengekalkan sengihannya walaupun sedang ketakutan. 

     "Saya pergi makan malam di luar dengan rakan-rakan. Bukankah saya telah beritahu ibu?" wajah Azzamshah betukar kehairanan. "Mungkin ibu kamu itu terlupa," sahut Encik Sufian sambil menggelengkan kepalanya. Semakin bertambah usia, semakin bertambah masalah pendengaran dan ingatan!


     "Hm, cepatlah masuk. Ibu kamu sudah risau itu. Walhal dialah yang patut kita risaukan sebenarnya!" Encik Sufian tergelak kecil. "Mengapa?" langkah Azzamshah terbantut. "Ingatan dan pendengaraan sudah teruk!" jawab Encik Sufian. Azzamshah hanya menggeleng sambil tersenyum. 

     Sebaik sahaja Encik Sufian ingin mengunci pintu rumah, Damia berlari ke arah abang dan ayahnya dengan cemas. "Abang...Abang..."

     Azzamshah kehairanan melihat tingkah adiknya itu. "Kamu ini sudah mengapa, ha?" Damia menarik nafas panjang dan menghelanya. "Lekas, ayah! Abang! Ibu pengsan sebab jatuh tangga tadi," tutur Damia. Wajahnya lesi. Mata Azzamshah buntang tanda terperanjat. Mereka terus bergegas ke tangga. 

     "Ibu! Ibu! Ibu masih okey?" Azzamshah menggoncangkan badan ibunya. "Abang ini sudah mengapa? Tentulah ibu tidak okey!" Damia memarahi abangnya. Encik Sufian tidak banyak cakap, terus sahaja memapah isterinya itu. "Azzamshah, ayuh hantar ibu kamu ke klinik."

     "Klinik?" soal Damia pula. Damia dan Azzamshah saling berpandangan. "Lebih baik hantar terus ke hospital," sahut Azzamshah. "Yalah, yalah! Ayuh!" Encik Sufian akhirnya bersetuju dalam keadaan cemas. 

     Azzamshah memandu kereta dengan agak laju menuju ke sebuah hospital yang pernah menjadi sejarah hitam bagi hidup keluarganya.   *****************************************************

     "Ibu! Ibu sudah sedar?" 

     Satu suara yang Puan Nurin amat kenal dan rindu membentuk sebuah bahasa. Gadis itu tersenyum memandang Puan Nurin. Indahnya senyuman itu bak bidadari. 

     "Imtiyaz Suhaila...," Puan Nurin tidak mampu menahan sebak lagi melihat wajah arwah anaknya. Suhaila tersenyum, memeluk ibunya. "Ibu tidak rindukan Ila?" wajah Suhaila menjadi muram. Puan Nurin kehairanan. Dia menyeka air mata yang mengalir di pipi. "Mengapa tanya begitu, sayang? Mestilah rindu."

     "Kalau rindu, mengapa tidak buat bacaan Yaasiin untuk Ila setiap tahun?" Suhaila menahan air mata. "Ibu tidak mahu bergaduh dengan abang kamu lagi. Ibu minta maaf," Puan Nurin berbicara. "Saya hanya bergurau, ibu. Janganlah marah," Suhaila risau. "Tidak mengapalah, tidak mahu anak-beranak bergaduh, bukan?" Suhaila mengangguk. Dia tersenyum. "Sampaikan salam Ila untuk adik, abang dan ayah."

     Puan Nurin terjaga secara drastik dari tidurnya. 'Mimpi....' spontan mulutnya membisikkan perkataan itu. Damia girang melihat ibunya terjaga. Wajah anak bongsunya itu direnung. 'Sama seperti Suhaila,' detik hatinya. "Damia, Azzamshah, abang, arwah kakak kirim salam," lidah Puan Nurin berat menuturkan ayat itu. Damia sedikit terkejut. 'Waalaikummussalam...'

     "Ibu mimpikan kakak, ya? Itu pasti tandanya kakak rindukan ibu," kata Damia tanpa Puan Nurin perlu menerangkan apa yang berlaku. Puan Nurin mengangguk sambil tersenyum kelat. Azzamshah dan Encik Sufian hanya mendiam. Rasa bersalah menyelubungi hati Azzamshah. Dia tidak mahu mengulangi sejarah lagi! Itu janjinya! 

     Dia terasakan jam yang berdetik itu begitu lambat sekali. Lambat baginya untuk cuba melupakan arwah adiknya itu. Namun, segalanya umpama berulang kembali. Azzamshah termenung seketika.

     Seorang doktor yang memasuki bilik yang dikhaskan untuk Puan Nurin mematikan lamunan Azzamshah. "Puan," doktor wanita yang kecil molek itu menegur Puan Nurin. Puan Nurin hanya tersenyum ke arahnya. "Maaf, tulang pada siku puan telah patah, jadi puan terpaksa ditahan di wad selama 3 minggu," terang doktor itu. 

     Encik Sufian hanya mengangguk sambil menggenggam erat tangan isterinya. Azzamshah dan Damia pula hanya mampu pasrah dan bersabar dengan ujian ini. Jam terus berdetik menanti hentinya dunia.

*****************************************************

Tiga minggu kemudian, Puan Nurin dibenarkan pulang. Azzamshah berasa amat lega kerana dia tidak perlu menguruskan rumah besar itu. Damia tidak sepandai ibunya, mengemas, memasak, mencuci dan membersihkan rumah. Sepanjang tempoh itu, Azzamshah tidak dapat  keluar dari rumah kerana sibuk.

     Encik Sufian pula hanya sibuk dengan kerja yang bertimbun-timbun banyaknya. Itulah sebabnya Azzamshah begitu gembira setelah ibunya boleh pulang semula ke rumah. 

     "Ya Allah! Bersepahnya bilik ibu!" buntang mata Puan  Nurin melihat biliknya. Selimut di atas katil digumpal seperti bola, bantal pula ada yang di atas, ada pula di bawah katil. Sebuah sofa kulit yang berada bertentangan dengan meja kopi kecil pula telah berubah kedudukannya.  Senget!

     "Tidak mengapa, ibu. Ini Damia yang 'kemas'. Biar Azzamshah yang kemaskan," di akhir katanya, Azzamshah mengeluh. Letih dengan adiknya!

Tuesday, October 29, 2013

Damia Qaisara: Bab 7

     "Hebat betul ibu kau, ya?" Katarina bersuara setelah mereka selamat menjejakkan kaki ke dalam kereta Azzamshah. Azzamshah tersengih sambil mengesat peluh di dahinya. Fuh! Keletihan tidak terkata setelah ingin mencari alasan bagi menyelamatkan Katarina tadi. "Azzamshah, aku sudah mahu pulang," Katarina bertutur. "Yakah? Biar aku hantarkan kau, okey? Aku mahu juga berjumpa dengan ibu bapa kau. Sudah lama tidak bertemu mereka."

     Katarina berubah perasaan. "Lupakan."

     Azzamshah terperanjat. "Mengapa?" "Ibu bapa aku sudah lama berpisah," Katarina menjawab. "Bercerai?" soal Azzamshah lagi. Katarina menggeleng. "Berpisah kerana bapa aku meninggal dua tahun lepas." 

     Azzamshah terkejut besar. Tutur Katarina tidak mampu melawan kekejutan akibat terdengar bom atom meletup! "Me..mengapa?" 

     "Bergaduh," keluhan berat Katarina kedengaran. Azzamshah menggelengkan kepalanya. Dia memandu kereta ke arah rumah Katarina. Setelah tiba di perkarangan rumahnya, dia melihat seorang kanak-kanak berlari dan bermain kegembiraan. "Anak saudara kaukah?" 

     "Adik tiri, Johnny" jawab Katarina pendek sambil melangkah keluar. "Ayuh, mama aku ada di dalam."

     Azzamshah hanya diam. Tidak mahu mencurah minyak pada api yang sedang membara. Dalam hatinya terdetik, bagaimana Puan Stella boleh berkahwin dengan ayah tiri Katarina. Namun, dia membiarkan sahaja pertanyaan itu berlalu ditiup bayu angin petang. Dia melangkah masuk ke dalam rumah keluarga sahabatnya menyusuli Katarina. "Mama! My friend is visiting us!" 

     Puan Stella keluar dalam keadaan tergesa-gesa sambil mendukung seorang kanak-kanak perempuan. "Azzamshah? Is it you?"

     Azzamshah mengangguk sambil tersenyum gembira melihat Puan Stella. Dia merenung kanak-kanak berkulit putih gebu di dalam dukungan Puan Stella itu. "Kirana," tanpa disoal Azzamshah, seorang lelaki separuh abad bersuara. "Oh, Kirana!" dia tersengih memandang lelaki itu. "My name is Joey. Husband of Stella," Encik Joey memperkenalkan dirinya. 

     Katarina kelihatan muak mendengar perbualan mereka. "Azzamshah, tidak mahu minum dulu?" soal Puan Stella. Azzamshah menggeleng. "Saya dan Katarina baru sahaja minum petang di rumah." Puan Stella mengangguk kecewa. "Tidak mengapa, nanti saya datang lagi, ya?" Azzamshah kasihan melihat Puan Stella. 

     Mendengar kata-kata Azzamshah, duka Katarina sedikit terubat. "Betul?" Azzamshah mengangguk sambil tersenyum. "Mama, itu siapa?" soal Kirana tiba-tiba. Azzamshah melangkah ke arah Kirana sambil tersenyum. "Kawan kakak Katarina."

     Kirana mengekek ketawa apabila Azzamshah mendukungnya. Katarina yang melihat dari jauh hanya memerhati bosan. 

     "Okey, Kirana. Abang Azzamshah sudah mahu pulang. Kakak Kirana itu sudah buat perangai dia," Azzamshah tersenyum memandang Puan Stella. "Selamat tinggal!" Kirana muram. "Bila mahu datang semula?" dalam pelat, KIrana menyoal. Walaupun masih kecil, namun dia sudah cekap bertutur dalam Bahasa Malaysia. 

     "Okey, aunty, uncle. Saya sudah mahu pulang. Insya Allah saya datang semula esok," Azzamshah tersenyum ke arah Encik Joey. Dia menyalaminya. "Hei, aku sudah mahu pulang! Selamat tinggal. Assalamualaikum," Azzamshah menjeling Katarina. "Waalaikummussalam," ketiga-tiga beranak itu menjawab salam Azzamshah. 

     Azzamshah melangkah masuk ke dalam keretanya. Dia mengeluh. Kasihan dengan Katarina. Dia segera memandu kereta, meninggalkan perkarangan rumah itu.  Jika dahulu Katarina sudah banyak membantunya, kali ini biar dia yang membantu! Azzamshah bersemangat membantu Katarina. Dia berdoa agar pertolongannya menjadi. Tanpa doa dan usaha, ke manalah kejayaan pergi. Azzamshah berpegang pada kata-kata itu.

*********************************************

"Sudah hantar Katarina pulang?" soal Puan Nurin kepada Azzamshah. Azzamshah mengangguk seraya merebahkan dirinya ke atas sofa. "Eh, mana ayah?"

     "Solat Asar di surau. Ha, yang abang itu, mengapa tidak solat lagi?" Damia mencelah. Dia menjegilkan matanya ke arah Azzamshah. Azzamshah tersengih. "Maaf, terlupa pula. Nasib baik adik abang yang comel ini ingatkan."

     Kembang kucup Damia dibuatnya! Dia menyorok rasa bangganya. Senyumannya juga disorok agar ibu dan abangnya tidak mengusik. Puan Nurin yang sedari tadi hanya mendengar perbualan anak-anaknya tersengih melihat Damia. "Eh, anak ibu sudah gemuklah!" tegurnya dalam tawa kecil.

     Azzamshah yang memahami tutur Puan Nurin terus menambahkan perisa buat usikan itu, "Itulah, kembang sangat!" 

     Bangga Damia serta-merta lesap! Dia menonjolkan rajuknya dengan memuncungkan bibir sepanjang-panjang yang boleh. "Okey, Damia mahu layari internet sebentar," dia bingkas bangun tanda protes. "Sudah siap kerja sekolah?" soal Puan Nurin. Damia mengangguk. "Sudah solat Asar?" Azzamshah menambah panjang muncung adiknya itu. "Dah," pendek jawapan Damia diselangi dengusan lembut. 

     Azzamshah bangun untuk menunaikan solat Asar. "Ibu, Azzamshah solat di masjid sahajalah, ya?" Puan Nurin hairan. "Solat berjemaah sudah lama tamat." Azzamshah mengangguk. "Sekali-sekala, apa salahnya."

     "Baiklah, hati-hati."

     Azzamshah mengangguk lagi. Dia sudah kelihatan seperti burung belatuk apabila mengangguk berkali-kali. Kunci kereta sekali lagi dicapainya. 'Memandu kereta ini hobi aku, sekali-sekala apa salahnya.'

      **************************************************

     "Sis, let us eat!" Johnny menaiki tangga dalam keadaan lapar. Dia mengetuk pintu bilik Katarina. Senyap.

     "Sis?" Johnny memanggil kakaknya lagi. Katarina yang sedang leka membaca novel terganggu dengan kehadiran adiknya. Dia membuka pintu dengan kasar sambil membulatkan matanya ke arah Johnny. "Don't you ever disturb me! And one more thing, don't call me 'sis'!" Terkulat-kulat Johnny menahan rasa takut dan gentar tatkala menghadapi kakak tirinya itu. "Ka... kakak tidak mahu ma... makankah?" dalam takut-takut berani, Johnny menyoal lagi. Katarina semakin berang.

     "I said no!" dia menghempas pintu bilik. Johnny menahan tangisnya. Dia tidak mahu digelar pengecut. "Johnny? Bunyi apa itu?!" soal Puan Stella dari bawah. Johnny segera turun.

     "Mama!" dia memeluk Puan Stella setelah tiba dengan jayanya di meja makan. Air mukanya jelas menunjukkan bahawa dia sedang ketakutan. "Why, my dear?" soal Encik Joey setelah melihat anaknya menangis. Kirana hanya memerhati dan terdiam. 

     "Mana kakak?" soal Puan Stella pula. "Kakak tidak mahu makan. Dia marah, sebab Joe panggil dia sis," jawab Johnny dalam esakan. Encik Joey hanya menggelengkan kepalanya. "Dia tidak mahu makan?" soal Encik Joey lagi. Johnny menggeleng. Sedu-sedan Johnny menyebabkan Enjik Joey rimas. Dia melangkah ke atas dan mengetuk pintu bilik Katarina.

     "Katarina, ayuh kita makan!" 

     Sepi. Katarina masih leka di dalam biliknya. Melayan novel kisah cinta. Sesekali air matanya bergenang tatkala menatap ayat-ayat dan bait-bait yang menyedihkan. 

     Sekali lagi ketukan kedengaran. Katarina mendengus sambil mengesat air matanya. "Who's that?!"

     "It's your dad," jawab Encik Joey. "Kenapa?"

     "Tidak mahu makankah?" soal Encik Joey. "Tidak mahu!" Katarina menjawab keras. Encik Joey hanya pasrah dan berserah. Dia turun ke meja makan. "Bagaimana?" soal Puan Stella pula. Encik Joey hanya menggeleng. Tangisan Johnny sudah lama terhenti. 

     Mereka makan dalam keadaan yang berlainan. Suatu keadaan yang tidak seperti selalu tanpa kehadiran Katarina. Tetapi Katarina memang jarang makan dengan mereka. Hendak dikatakan jarang? Langsung tidak pernah!

     Puan Stella buntu. Dia bercadang hendak membantu Katarina mendapat kebahagiaannya semula. Seketika kemudian, dia mendapat satu akal.

Friday, October 25, 2013

Curahan Tinta Jasad: Bab 1

"Ah, sakit ibu! Sakit!" aku tidak mampu menahan tangis lagi. Ayah merotanku dengan sepenuh kudratnya. Ibu pula hanya mampu memerhati dari jauh, tidak terdaya hendak membantuku. Aku menangis teresak-esak. Mata ibu mula digenang mutiara jernih. Runtun hati ibu hanya Tuhan yang tahu saat itu.

     Ayah terus merotanku. Rumah kayu yang didiami aku sekeluarga hingar dek esakan dan jeritan aku. Ayah tidak memperdulikan luka-luka yang tercoret pada jasadku. 'Tinta' jasadku mengalir keluar dari calar dan luka-luka seluruh tubuhku. 

     Kereta Proton Waja berwarna putih menyusur masuk ke perkarangan rumahku sekeluarga. Abang Azman dan Kakak Zuhaili yang merupakan saudara kandungku keluar dari kereta itu. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Abang Azman terperanjat melihat aku yang terbaring lemah di atas lantai ruang tamu. Kak Zuhaili umpama tiada darah, pucat lesi tidak terkata. "Ayah! Cukup! Kenapa ayah pukul Atiqah?!" Kak Umairah yang menjinjing beg-beg plastik berisi barang runcit menjerit. 

     "Kau jangan sibuk!" ayah menengking Kak Umairah. "Ayah, Aira mungkin hanya menantu ayah, tapi Atiqah tu anak ayah! Anak ayah!" Kak Umairah membalas. Keberanian Kak Umairah membuatkan keberanian Abang Azman mendadak naik. Kak Zuhaili pula sudah jatuh terduduk melihat tindakan ayah. Adik bongsuku yang baru berusia empat tahun, Ismawati hanya terduduk di sebelah ibu yang terlantar di atas tilam empuk.

     Abang Azman yang kegeraman melihat ayah yang memukulku terus menuju ke arahku. Dia menepis tangan ayah dan menyelamatkanku. Kak Zuhaili segera bangun dan memelukku. Sementara Kak Umairah pula mendukung Ismawati agar dia tidak menjadi mangsa seterusnya. "Kak Aira, ibu matan bubur kak juhaili uat" dalam pelat, Ismawati bertutur. Kak Umairah tersenyum tawar mendengar kata-kata Ismawati.

     "Tepi! Biar aku ajar dia! Anak derhaka!" Kak Umairah terkejut mendengar tengkingan ayah mertuanya. Kak Zuhaili berbisik kepadaku, "Kenapa ayah marah sangat ni?" 

     "Ayah minta duit kat Ika, Ika mana ada duit... Duit bulan ni ayah sudah ambil untuk judi," aku menyahut dalam esakan. Kak Zuhaili berang mendengar kata-kataku. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah ayah. "Ayah! Ayah sebagai ketua keluarga perlu bertanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga! Kenapa Atiqah pula yang kena? Jika ayah minta untuk kebaikan itu tidak mengapalah! Tetapi ayah minta untuk judi!"

     Abang Azman marah mendengar kata-kata Kak Umairah. "Judi? Selama ini kita kekurangan wang kerana ayah berjudi?"

     Ayah menepis tangan Abang Azman yang menghalangnya. "Kau akan terima balasannya!" ayah menengking sambil jari telunjuknya dihalakan ke arahku. Aku tiada kudrat lagi. "Ibu..." Aku hanya teringatkan ibu yang lumpuh.
"Atiqah!" Kak Umairah menyeru namaku setelah mataku terpejam.

     ****************************************
     "Ibu?" aku hanya menyebut perkataan itu setelah mataku terbuka. Kak Zuhaili kehairanan mendengar tuturku. "Atiqah cari ibu, ya? Ayuh, kita bertemu ibu," dia memapahku ke arah ruang tamu. Lukaku telah dibersihkan dan dibalut. Bilikku ditinggalkan tanpa menutup suis kipas serta lampu. 

     "Kenapa dengan ibu? Kenapa ramai orang?" aku terasa seperti dapat mengagak apa yang telah terjadi. Aku harapkan ia bukanlah seperti apa yang aku sangkakan. "Jangan salah sangka, Atiqah. Belum lagi, tetapi ....," kata-kata Kak Zuhaili tersangkut. "Tetapi apa, kak?"

     "Sudah hampir," jawabnya lemah. Aku terkejut besar mendengar kata-kata yang terpacul dari mulutnya. Aku bingkas berlari ke arah ibu. "Ibu! Ibu!"

     Ramai orang yang terperanjat dengan tindakanku. Aku meraih tangan ibu tanpa memperdulikan orang sekeliling. "Ibu?"

     "Atiqah...." aku terkesima mendengar ibu berkata-kata. "Ibu... boleh bercakap?" ibu mengangguk lemah. Dahulu, hanya matanya yang boleh bergerak. "Ibu dah nak pergi," tutur ibu. Aku mengangguk lemah. Mengangguk secara tidak ikhlas. "Ibu, mengapa terlalu pantas masa ni berlalu? Kenapa ibu sudah mahu jumpa Allah? Bagaimana Ika nak bersama ibu lagi nanti? Ibu tak boleh berhubung dengan Ika lagi," mataku bergenang, tidak terdaya menahan sedih. Ibu terdiam. "Nanti ibu akan cuba lakukan apa sahaja untuk ketemu kamu," jawab ibu. Aku mencium pipinya. "Ika rasa tak adil , bu. Ika hanya dapat bersama ibu selama 14 tahun."

     "Atiqah, itu takdir Allah! Sekurang-kurangnya kamu masih sempat berbual dengan ibu," jawab ibu tegas. "Lihat adik kamu. Hanya empat tahun! Sudah hilang ibu."

     Aku terkenangkan nasib Ismawati. Benar kata ibu. Apalah agaknya nasib adikku itu selepas ini. Aku mengeluh perlahan. "Tidak mengapalah, ibu. Atiqah memang perlu redha. Ketentuan Allah."

     "Ibu, kirimkan salam Ika, assalamualaikum kepada semua roh orang yang beriman, ya?" Aku mengusap lembut pipi ibu. Aku benar-benar redha kali ini. Pasrah! Sudah nasib aku, apalah yang mampu dibuat. "Atiqah, ibu rasa ibu sudah hendak pergi, ni," ibu berkata kepadaku. Aku terkejut sedikit. Sungguh unik cara ibu pergi! "Assalamualaikum, ibu."

     "Waalaikummussalam."

     Aku menggamit tanganku ke arah abang sulungku, Abang Irwan. Abang Irwan melangkah lemah ke arahku. Dia mengajar ibu berucap buat kali terakhir. Ibu mencium Abang Irwan, Abang Azman dan Kak Umairah, Kak Zuhaili dan Abang Zulfaqar, aku dan akhir sekali Ismawati. Ayah tiada ketika itu. Berjudi mungkin! Namun aku bersangka baik. 

     Ibu tersenyum, hujan renyai-renyai mengiringi pemergian ibu dalam keadaan tersenyum. Umpama meratapi pemergian ibu. Aku sedih yang tidak terhingga sehingga tidak mampu dititi bibir. Sejak itu, aku bergelar anak yatim!

   *********************************

Abang Zulfaqar melangkah masuk ke dalam bilikku. Abang Zulfaqar merupakan abang iparku, suami Kak Zuhaili. Mereka dinikahkan dalam usia yang sangat muda. Kak Zuhaili hanyalah 15 tahun manakala Abang Zul berusia 17 tahun. 
Abang Zul mengusap belakang badanku. "Bersabar, Ika. Ini ketentuan Allah. Ibu sudah janji mahu ketemu sama kamu, kan?"

     Aku mengangguk lemah. "Itu Ika tahu, bang. Tapi, ayah langsung tak kelihatan masa arwah ibu pergi." Abang Zulfaqar mengeluh, gelisah dengan perasaanku saat itu. Luka dan parut yang masih berbekas di tubuhku tidak sebesar mana. Tidak sebesar di hatiku!

     "Ika pun tak faham apa nasib Isma nanti. Kecil-kecil dah hilang ibu. Ika perlu bersyukur sebab Isma baru berusia 4 tahun , tapi Ika 14 tahun. Beza 10 tahun. Pasti Isma rasa sedih nanti," sambungku.

     "Betul tu. Isma memang bernasib kurang baik. Sudahlah hilang ibu, ayah pula seperti biskut sahaja, sekejap ada, sekejap menghilang," sahut Abang Zulfaqar. Aku mengangguk lemah. Aku sebenarnya tidak kisah di atas pemergian ibu kerana aku tahu ALLAH lebih menyanyanginya, namun kepada siapa patut aku curahkan tekanan dan luahan hati? Aku pening memikirkan nasibku. Nasibku tidak seperti remaja yang lain, bahagia bersama kehadiran ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Ke mana perginya bahagia yang menyebulungi diriku selama ini? Bahagia? Aku tidak berasa bahawa aku bahagia sejak lahir.

     Ayah seorang yang suka berjudi. Silap hari bulan, aku pula yang dijudinya! Hampir kesemua wang hasil titik peluh ibu dihabiskannya. Kini, aku dan Abang Irwan menggantikan tempat ibu untuk menyara hidup Abang Irwan yang masih belum berkahwin, aku dan Ismawati. AKu dikurung resah kini. 

     "Tak apalah, Ika. Nanti abang Zul dan Kak Zu pindah ke sini. Teman Isma dan Ika. Ayah pun jarang ada di rumah, kan?" Abang Zulfaqar memujukku. Dia risau denganku walau aku hanya adik iparnya. Aku tersentak seketika mendengar kata-katanya. Ayah? Aku tersenyum sinis. 

     "Rasanya Pak Osman bukan ayah Ika lagi," aku bangkit dalam senyuman sinis menuju ke ruang tamu. 'Pak Osman,' Abang Zulfaqar berbisik. Dia memerhati langkahku yang ingin keluar daripada bilik. Dia membiarkan sahaja kerana dia tahu, marah dan rajukku ada ubatnya. Dia hanya menggelengkan kepala. Seketika kemudian, Abang Zulfaqar menutup suis lampu dan kipas di bilikku seraya melangkah keluar setelah menutup pintu.

     Kelihatan Kak Zuhaili mendekati Abang Zulfaqar. Dia menjongket bahu tanda menyoal sama ada keadaan aku baik ataupun tidak. Abang Zulfaqar menggeleng. "Dia cakap kat abang, yang ayah bukannya ayah kandung dia lagi. Abang cadang nak pindah ke sini, Zu setuju?" 

     Kak Zuhaili sedikit girang mendengar cadangan suaminya. Dia mengangguk dengan senang hati.

   *********************************************


Wednesday, October 23, 2013

Damia Qaisara : Bab 6

"Ibu, Azzamshah hendak berbincang sesuatu dengan ibu," Azzamshah mundar-mandir dalam biliknya sambil mengulangi ayat itu berkali-kali. Dia menarik nafas panjang dan bersedia untuk menemui ibunya. Buat kali terakhirnya dia menghela nafas.

     Langkahnya diatur ke arah ruang tamu. "Ibu!" dia menyeru nama ibunya. Tiada jawapan. "Ibu?" matanya meliar mencari Puan Nurin di ruang tamu. Kek yang baru sahaja dibeli diletakkan sementara waktu. Langkahnya diatur pula ke arah dapur. 'Mengapa malam ini ibu padamkan lampu?' hati kecilnya merungut tanda geram. Dia menyalakan lampu.


     "Kejutan!"

     Jantung Azzamshah hampir terloncat keluar mendengar jeritan itu. Dadanya sesak. Kelihatan Puan Nurin, Damia Qaisara, Encik Sufian, Katarina serta ibu bapanya dan ramai lagi di ruang makan. "Ayah!" matanya terbeliak memandang Encik Sufian. Pelukan erat hinggap di tubuh bapanya itu. "Bila ayah balik dari Capetown?" soalnya.

     "Hairan, mestilah tadi. Kamu ada nampak ayahkah pagi tadi?" Encik Sufian berseloroh. Azzamshah tersengih. Ciuman hinggap di pipi Puan Nurin pula. "Ibu maafkan Azzamshah?"

     Puan Nurin mengangguk tanda mengiakan. Dia tersenyum. Ubun-ubun Azzamshah dikucup penuh kasih. "Abang," Damia menggoyangkan  tangan abangnya. Azzamshah merenung adiknya. "Happy birthday!" Damia terloncat-loncat tatkala mengungkap ayat itu. 

     "Thanks a lot, dear!" Azzamshah senang hati mendengar ucapan adiknya. Pipi tembam adiknya dicium bertalu-talu. Katarina yang dari tadi hanya menjadi pemerhati, direnungnya. "Hei, ini mesti kerja kau, bukan?" dia menyindir. "Siapa lagi yang teringin sangat hendak ingat hari lahir kau itu melainkan aku?" Katarina memulangkan paku buah keras kepada Azzamshah. Azzamshah tersipu-sipu. "It is well-planned, isn't it?" 

     Azzamshah mengangguk mendengar kata-kata ibunya.

     "Aunty, uncle, thanks for coming. I'm pleased to see you here!" Azzamshah bersuara kepada Encik Steven dan Puan Stella, ibu bapa Katarina. Mereka merupakan Cina Muslim. Puan Stella mengangguk manakala Encik Steven hanya tersenyum. "Tidak mengapa, Azzamshah. Sesekali kami mahu juga kenal lebih dekat dengan rakan anak kami," Encik Steven menyahut. Seketika, Azzamshah tersipu-sipu malu kerana Encik Steven yang merupakan seorang berbangsa Cina pun bertutur dalam Bahasa Malaysia. Malu! Sesungguhnya hanya Azzamshah yang tahu betapa malu dirinya ketika itu!

     Dia tersengih. "Ah, sudahlah itu! Ayuhlah kita potong kek," ajak Puan Stella. "Ya, betul. We have two cakes here!" Katarina mengiakan kata-kata ibunya. Dia tersenyum manja ke arah Puan Stella. "Jom," Azzamshah menggamit.

     "Yeay! Potong kek!" beberapa orang kanak-kanak termasuk Damia meloncat-loncat tanda gembira. Mereka menjadi semakin teruja setelah mendapati ada dua kek di situ. Satu daripada mereka dan satu lagi kek yang Azzamshah ingin berikan kepada Puan Nurin pada mulanya.

     Majlis itu diraikan dengan meriah sekali. Azzamshah tersenyum bahagia. Bahagianya tidak dapat dititi bibir.

***********************************************

"Oh, jadi sejak itulah, ya? Aku sudah lupa pula! Maaf," Katarina tersengih. Azzamshah hanya tersenyum. Tersenyum bahagia. "Kak, mengapa tidak habiskan air yang Damia buat? Tidak sedapkah?" Damia menegur Katarina. Katarina bersalah mendengar tutur Damia. "Er, terlalu lazat! Sebab itulah kakak tidak mampu menghabiskannya."

     "Ala, habiskanlah, kak," Damia memujuk. "Damia penat buat, tahu? Bukannya selalu Damia buat air ni," Encik Sufian menyampuk. Puan Nurin tergelak kecil. 

     Dengan rasa teragak-agak, Katarina menghirup minuman yang dibuat Damia. Dia dengan jayanya menghabiskan minuman itu. Ungkapan syukur tidak henti melanda hatinya. 

     "Nak lagi?"

     Katarina nyaris-nyaris tersembur teh yang dihirupnya tadi. "Kenapa, kak?" 

     "Tiada apa-apa," sahut Katarina sambil tersengih. "Okeylah, rasanya Katarina sudah mahu balik, bukan?" Azzamshah cuba mempertahankan Katarina dan mengelakkan dirinya daripada menjadi 'mangsa teh Damia'. 

     "Ish, kamu ini. Seperti mahu menghalau Katarina pula," tegur Puan Nurin. Azzamshah mengeluh sambil membuat muka bosan. Dia menghampiri Puan Nurin dan membisikkan sesuatu. "Oh, tidak mengapalah! Katarina sudah mahu pulang, ya? Nanti datanglah lagi, minum teh Damia!"  perasaan Puan Nurin tiba-tiba berubah. "Tidak mengapa, nanti Katarina datang lagi, ya?"

     "Okey, selamat tinggal! Jumpa lagi!"

     Katarina dan Azzamshah segera meninggalkan banglo besar itu dengan muka yang berkerut. Hairan dengan perubahan Puan Nurin. Setelah mereka meninggalkan banglo itu, Encik Sufian mula bersuara. "Apa pasal awak tiba-tiba suruh Katarina balik cepat-cepat ini?"

     Damia yang terlopong akibat perubahan ibunya tadi mencuri dengar perbualan ibu dan ayahnya. "Azzamshah kata apa?" soal Encik Sufian bertubi-tubi. "Risau sekiranya Katarina terpaksa menghabiskan satu teko teh itu pula!" ujar Puan Nurin separuh berbisik. Encik Sufian ketawa mengekeh bersama isterinya. Mujurlah Damia tidak dengar, sekiranya tidak, perang besar!

     Damia berlalu bersama dulang yang ditatangnya. Encik Sufian dan Puan Nurin menyambung tawa mereka setelah anak bongsu mereka berlalu. 


Sunday, October 6, 2013

Damia Qaisara : Bab 5

"Kakak,kakak mahu tahu bagaimana kami berbaik semula?" soal Damia Qaisara. Amboi budak ini, dengan Katarina ramah pula, ya! Katarina mengangguk. Damia, Azzamshah, Puan Nurin serta Encik Sufian mengimbau kembali kenangan lampau lima tahun dahulu ...

      **********************************************************

Selesai sahaja bersolat, Puan Nurin melipat telekung dan sejadah yang digunakannya tadi. "Ibu, bagaimana niat solat subuh? Damia sudah lupa," Damia menarik tangan ibunya. Puan Nurin membulatkan mata. Belum solat lagi? Waktu sudah habis! Puan Nurin mengajar Damia berniat.

     Tiba-tiba, Puan NUrin teringat akan Azzamshah. Sudah bangun atau belum budak itu? Sudah solat? Puan Nurin akhirnya tidak menghiraukannya kerana masih ada bekas luka di hatinya. Dia terus ke dapur untuk menyediakan sarapan. Encik Sufian akan balik esok. Pandai-pandailah dia hendak menjawab nanti.

     'Bip bip ting ting.' 

     Puan Nurin memalingkan mukanya ke arah meja solek. Telefon bimbit Azzamshah diambil. Dia memeriksa pesanan ringkas yang diterima melalui telefon bimbit Azzamshah. Ia datang daripada Katarina. 'jumpa saya 5 petang ini. jangan lambat, ya.'

     Puan Nurin menggelengkan kepalanya. Mahu jumpa? Tidak perlu! Azzamshah bukannya sempat membacanya pun. Puan Nurin berjalan ke dapur. Dia menyediakan bahan-bahan untuk menyediakan sarapan. Dia menyediakan makanan lebih kerana ingin menyimpannya untuk hari esok. Tidak perlulah membazir makanan yang berbaki. 

     **********************************************************

     "Alamak, bagaimana aku boleh terlewat?" Azzamshah melihat jam locengnya. 10:00 pagi! Jarum saat berdetik dengan lemah. Sekejap ia terhenti, sekejap bergerak. Akhirnya ia berhenti dan tidak bergerak lagi. "Bateri sudah kehabisan tenaga!"

     Dia bingkas bangun dari katil lalu mencapai tuala. Dia bergegas ke arah bilik air. Dia mandi. "Subuh? Melepas...."

     Selesai memakai baju, langkahnya terhenti. 'Kruuoookk' Ya, itu bunyi perutnya! Dia dengan senang hatinya melangkah ke dapur sambil memikirkan apa yang telah disediakan oleh ibunya sebagai sarapan.

     Tudung saji yang sedang berada di atas meja makan diangkatnya. "Hmm .. Sup cendawan dan mee goreng!" Azzamshah gembira. Dia kemudiannya menikmati makanan yang telah disaji di atas meja makan itu.

     Beberapa minit kemudian, Azzamshah sendawa tanda kekenyangan. Bluurp ! Pinggan dan mangkuk yang tadinya mengisi garlic bread, sup cendawan dan mee goreng licin! Rosak dietnya! Dia meninggalkan pinggan mangkuk yang telah licin itu di dalam singki, tanpa mencucinya!

     Hati kecilnya bernyanyi riang, 'Senangnya dalam hati, dapat makan sedap-sedap...'

     ******************************************************

"Damia Qaisara! Datang ke sini, CEPAT!" Puan Nurin mula mengamuk. Damia Qaisara melangkah secara takut-takut berani ke arah dapur. "Y.. ya?"

     "Mengapa Damia habiskan semua sarapan yang berbaki? Esok kita hendak sarapan dengan apa?" Puan Nurin menyoal siasat Damia Qaisara sambil membulatkan matanya. Damia Qaisara hairan. "D.. Da.. Damia... Damia tidak makan lebihan sarapan pun! Le... lepas selesai sarapan Damia terus masuk bilik dan ti.... tidur semula," air mata Damia Qaisara bergenang. Puan Nurin terkejut. "Tidur semula? Makanan tidak terhadamlah nanti, wahai Cik Damia!" Puan Nurin marah. Patutlah badannya semakin membesar! "Maaf, ibu. Damia tidak tahu. Biasanya jika ada kesalahan yang Damia lakukan, mesti abang akan tegur," Damia menundukkan kepala. Puan Nurin yang terdengar perkataan 'abang' teringat akan Azzamshah.

     'Ini mesti kerja Azzamshah!' Puan Nurin melangkah dengan laju ke arah bilik Azzamshah. Tombol pintu biliknya dipulas. Azzamshah tiada di dalam biliknya. Puan Nurin mengetap-ngetapkan bibirnya. 

     Damia yang melihat tindakan ibunya risau. Kelibat Azzamshah tiba-tiba muncul. Damia mula cemas. Dia memberikan isyarat agar abangnya tidak melangkah ke arah bilik. Puan Nurin sibuk menggeledah bilik Azzamshah ketika itu. 

     Azzamshah kehairanan melihat adiknya. Menggoyang-goyangkan tangan. Azzamshah membuat mimik muka tanda hairan. Damia terus sahaja menghalang abangnya daripada memasuki bilik. 

     "Kamu ni kenapa?" soal Azzamshah separuh berbisik. "Ibu ada dalam bilik, ibu tahu abang makan semua sarapan di atas meja."

     Azzamshah terkedu. 'Jadi, sarapan itu bukan untuk aku?'

     Puan Nurin menutup pintu bilik Azzamshah. Dia terkejut melihat Damia berbisik-bisik dengan Azzamshah. "Ha, apa pula yang diumpat itu?" 

     "Tidak adalah, ibu. Kami cuma berbual," Damia memberanikan diri menjawab. Azzamshah menyiku Damia yang montel itu dalam senyap. Menjawab!  "Oh," Puan Nurin tidak banyak soal, terus meninggalkan mereka berdua. Seketika kemudian, dia berpaling semula. "Katarina mahu bertemu dengan kamu, Azzamshah. Dia SMS semalam. Dia mahu jumpa di N'Talili Cafe, jam 5 petang ini."

     "O... oh. Terima kasih kerana beritahu."

     "It's my pleasure."

     Damia dan Azzamshah saling berpandangan setelah ibu mereka berlalu. 'Mengapa dengan mereka ini?' soal Azzamshah dalam hati. 'Baik pula!'

***************************************************************

Jam 5:35 petang
N'Talili Cafe |||

     "Kau lewat 5 minit," Azzamshah menjegilkan matanya ke arah Katarina. Katarina kehairanan. "5 minit? Aku rasa aku mahu berjumpa dengan kau 35 minit yang lalu!"

     "Aku datang awal kerana aku tahu, kau pasti lambat 30 minit!" Azzamshah serta Katarina ketawa kecil. "Sorry, jalan sesak tadi! Teksi pun seperti siput sahaja!" 

     "Ha, ada apa kau mahu jumpa aku ni?" Azzamshah menyoal. "Aku nak bincang fasal masalah keluarga kau," sambut Katarina. "Oh, kau tidak perlulah susah-susah. Ini hal keluarga aku. Lagipun, penyebab Ila pergi dulu pun adalah aku," Azzamshah muram. 

     Katarina mula disebulungi rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya menyentuh hal itu tadi. Tetapi, Azzamshah merupakan sahabat karibnya. Dia perlu membantu! "I'm so sorry, dear. Aku tak bermaksud hendak buat kau sedih."

     Azzamshah menggelengkan kepalanya. Perbualan mereka terhenti seketika apabila seorang pelayan menghantar kopi dan segelas jus oren. "Azzam, aku belanja kau. Jangan sedih-sedih lagi, okey?" Katarina memujuk. Azzamshah yang tadinya murung kembali ceria. Pantang apabila dibelanja! 

     "So, Katarina. Do you have any plan?" soal Azzamshah. "E-eh! Kau jangan nak speaking di sini pula, ya?!" Katarina menjeling. Sahabatnya itu hanya tersengih. "Begini, aku rasa seeloknya kau mengaku kesalahan kau."

     "Amboi, mudahnya cakap! Kau ingat, ibu aku itu senang dipujukkah?" Azzamshah yang tadinya menghirup kopi terasa mahu tersedak mendengar cadangan Katarina. "Dengar dulu! Kau pujuk sahaja banyak kali. Walau kau ditengking sekali pun, kau minta maaf, minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki!" Katarina berhenti sebentar merehatkan lidah. Jus oren diminumnya. Seketika kemudian, dia menyambung, "Ketika itu juga, kau tunjuklah sesuatu yang ibu kau suka. Contohnya kek ataupun piza Pak Cik Meor!"

     Azzamshah yang tadinya hanya menjadi pendengar setia terhadap hujah-hujah Katarina, membuka mulut, "Kau memang bijak! Bagaimana kau tahu ibu aku suka piza pak cik itu?" Hidung Katarina kembang! "Biasalah, Katarina ini, bijak orangnya! Lagipun, semua orang suka piza Pak Cik Meor." 

     'Eleh, kembanglah tu,' Azzamshah berbisik. Suara gemersiknya dapat ditangkap Katarina, namun tidak jelas tuturnya. "Maaf, saya tidak dengar." Azzamshah tersengih seraya menggoyang-goyangkan tangannya. "Tiada apa-apa."

     "Okey," Katarina terus melayan kesegaran jus orennya. Dia teringat akan sesuatu. "Alamak, aku tertinggal dompet di rumah!" Kata-katanya menyebabkan mata Azzamshah membulat sebulat-bulatnya! "You what?!"

     "Saya bergurau," Katarina tersengih. Azzamshah mencebikkan bibirnya. Cadangan Katarina dipertimbangkan semula. 'Good idea...'

Monday, July 22, 2013

Damia Qaisara : Bab 4

5 tahun kemudian ...

     "Mana budak ini? Janji pukul 4, dah pukul 4:15 ini!" Azzamshah geram dengan Katarina. Alahai, 15 minit pun berkira! Itulah, tidak faham hati seorang wanita! Hahahaha.

     Kelihatan kelibat seorang wanita segak melangkah masuk ke dalam kafe itu. "Maaf, saya cuma lambat 30 minit sahaja," Katarina tersengih. Azzamshah menampar dahinya. 30 minit? 30 minit SAHAJA?

     "Kau biar betul? 30 minit boleh ditambah 'sahaja' di belakang?" Azzamshah membulatkan matanya. Jika orang lain melihat mereka, pasti mereka menyangka bahawa Katarina dan Azzamshah sedang berkasih. 

     "Eh, kau SPM result elokkah? Dah 5 tahun kita tidak bersua muka. Telefon bimbit aku entah ke mana. Dulu masa aku dilanda 'kontroversi', ibu aku simpan. Tapi dia sudah lupa di mana telefon bimbit itu," Azzamshah  tidak menunggu jawapan untuk persoalan yang dilontar tadi.

     "Alhamdulillah, itulah. Berkat usaha pada saat-saat akhir. Hehehe," Katarina tersengih. Mujurlah dia seorang yang bijak bestari! 

     "Kau pula bagaimana? Aku yakin  pasti keputusan kau elok!"

     Azzamshah mengangguk. "Kau sudah berbaik dengan ibu dan adik?" soal Katarina. Azzamshah tersenyum. "Ya, ibu aku menerima aku semula setelah au membantu. Adik aku masih lagi menarik muka. Jikalau dahulu dia periang, mulut murai, kini wajah cerianya yang comel itu pudar," senyumnya pudar. Damia Qaisara, berusia 11 tahun kini. Dia sepatutnya gembira dengan hidupnya, sebagai seorang kanak-kanak. Namun begitu, dia tidak medapat kasih sayang seorang kakak. Kakak, di mana engkau menghilang? Uhuk!

     "Oh. Saya berasa simpati kepada awak. Saya rindu akan Damia. Kalau boleh, sekarang juga saya mahu bertemu dengannya. Boleh?" Katarina membuat mimik muka secomel yang mungkin. Azzamshah menongkat dagu tanda berfikir. "Boleh! Hari ini dia tidak menghadiri kelas tambahan. Gurunya bercuti. Kau datang dengan teksi, bukan? Ayuh aku bawakan kau ke sana. Aku sudah punya kereta."

     Katarina gembira. Beruntungnya dia ! Bukan sahaja dapat bertemu sahabat sejati-sehati-sejiwa-seraganya, malah dapat menemui adik rakannya itu pula! Oh, Damia Qaisara, rindunya daku kepadamu! Uhuk!

     **********************************************************

"Asslamualaikum."

     Damia Qaisara menjawab salam sambil memulas tombol pintu rumah banglo itu. Dia mengerutkan dahi. "Ini teman wanita abangkah?" Azzamshah menggeleng. "Kamu sudah lupa? Ini Kakak Katarina, teman rapat abang dahulu. Damia Qaisara mengangguk, tersenyum lalu menyalam Katarina. Dia terus masuk ke dapur dan menyediakan air teh dan beberapa keping biskut. Puan Nurin dan Encik Sufian tiada, mereka ke pasar sebentar.

     "Damia, mana ibu dan ayah?" soal Azzamshah sambil menghirup teh yang dihidangkan. Wek! Tawarnya teh ini! Dia cuba menahan mukanya daripada berkerut. Dia memberi isyarat kepada Katarina, namun dia tidak menyedarinya. Katarina memberikan respon yang positif, tidak seperti Azzamshah ! 

     Secara tiba-tiba, pintu banglo itu diketuk bertalu-talu. Encik Sufian dan isterinya melangkah masuk. Mereka tersenyum ke arah Katarina. Panjang umur mereka! Puan Nurin melangkah masuk dengan letih. "Mengapa abang  sudah lama tidak menjenguk Damia dan ibu?" Damia Qaisara menyoal. Sejak abangnya bekerja, dia jarang bertemu dengannya. Damia tidak ada kakak lagi, hanya kasih sayang abang yang diharapkannya. Namun, segalanya seolah-olah punah selepas abangnya mula bekerja dan tinggal di rumah yang lain. 

     Azzamshah terasa bersalah mahu menjawab. "Abang tahu, Damia rindu akan kakak. Damia ada jumpa seorang gadis yang cantik, dia beretuju jadi kakak angkat Damia. Tapi dia sudah berpindah."

     Katarina kasihan akan Damia Qaisara. Damia Qaisara kelihatan muram dan sedih. Dia tidak suka melihat gelagat kanak-kanak sebegitu. Dia mahukan semua kanak-kanak di dunia ini sentiasa ceria! 

     "Isara, janganlah bersedih. Kakak ada, boleh ceriakan kamu," Katarina menyedapkan hati Damia Qaisara. "Isara?" Puan Nurin terasa mahu tergelak mendengar kata-kata Katarina. Erk, Katarina hairan. Dia ada buat salahkah ?

     "Err, maaf. Damia, bukan?" Damia tersenyum.

Thursday, July 18, 2013

Damia Qaisara : Bab 3

Azzamshah berlari ke dalam biliknya. 'Benarkah itu Damia?'

Gulp!

Telefon bimbit berjenama 'Cokia' dicapainya. Dia berniat untuk menghantar pesanan ringkas kepada teman rapatnya.


'awak okey?'

'mengapa tanya? awakkan pembunuh'

Azzamshah terkesima. Tidak! Mengapa dengan semua orang ini?

'awak, maafkan saya. awak ingat saya sengaja?'

'semestinya'

'Baiklah. saya redha.'

Tiga minit kemudian, dia menerima balasan daripada Katarina.

'jangan alim-alim kucing. hehe. saya hanya bergurau. saya tahu ia bukan salah awak.'

     Lega! Sangkanya smua orang sudah meminggirkannya. Ibu, adik dan mungkin selepas ini ayahnya! Nasibnya baik kerana punya sahabat sejati seperti Katarina. Inilah namanya teman sejati! Untungnya! Dalam hati, Azzamshah memuji-muji Katarina. Dia terasa mahu menyanyikan lagu 'Sahabat' oleh Najwa Latif!

     Hore! Dia melompat di atas katil. Tiba-tiba, ada ketukan bertalu-talu yang datang dari pintu biliknya. Dia berhenti melompat. Dia melangkah dengan perlahan ke arah pintu biliknya. Tombol yang berkilat itu dipulasnya. "Damia mahu apa?"

     "Telefon bimbit. Ibu minta," jawab Damia dengan selamba. Hati Azzamshah apatah lagi, seolah-olah direnyuk! "Ibu hendak apa dengan telefon bimbit itu?"

     "Usah banyak soal, beri sahaja."

     Azzamshah dengan tidak rela berjalan dengan lemah-longlai ke arah katilnya. Dicapainya telefon bimbit yang sudah retak akibat terjatuh. "Nah."

     Damia menyambar telefon itu sambil tersenyum penuh makna. Amboi, budak ini! Tidak padan langsung dengan badannya!

     *******************************************************

     "Ibu, ini telefon bimbit abang," Damia menghulurkan objek yang dibimbitnya sejak tadi. "Okey. Kamu minta dengan cara yang bagaimana?" soal Puan Nurin sambil memeriksa telefon bimbit Azzamshah.

     "Damia minta sahaja. Dia terus beri," Damia menjawab sambil membetulkan tocang pada rambutnya. "Ayah balik bila, ibu?"

     Puan Nurin tiba-tiba terkesima. Suaminya akan pulang minggu hadapan! Apa agaknya yang perlu diberitahu olehnya kepada Encik Sufian nanti? Pasti dia sendiri yang dipersalahkan!

     "Minggu ..... depan . Lu ... lusa," Puan Nurin termenung seketika. Damia terperanjat mendengar kata-kata ibunya itu. "Lusa? Apa ibu mahu jawab nanti?" 

     Puan Nurin tidak menjawab. Dia masih lagi termenung. Sudah nasibnya mungkin. Aduh, kerana nila setitis rosak susu sebelanga! 

     "Ibu tidak tahu. Ibu rasa nanti ayah kamu akan membebel memanjang. Tidak menelefon dialah, walhal ibu sudah cuba, tetapi ayah kamu yang tidak menjawab," Puan Nurin gelisah. "Tidak mengapa, ibu. Damia akan ceritakan hal yang sebenarnya kepada ayah. Pasti abang yang dipersalahkan, bukannya ibu," Damia cuba menyedapkan hatinya. Puan Nurin memang suka akan perangai anaknya seperti itu. Puan Nurin berfikir semula. Dia sendiri yang akan dipersalahkan kendatipun Azzamshahlah penyebab mereka kehilangan Imtiyaz Suhaila!

     "Tidak mengapalah, Damia. Ayah kamu itu bukan calang-calang orangnya. Cakaplah bagaimanapun, dia tetap tidak akan percaya," Puan Nurin berputus asa.

     Damia Qaisara akhirnya kecewa.