Ini sambungan Damia Qaisara yang seterusnya .... =)
_________________________________________________________________________________________*************************________________
"Ya, ini Damia."
"Damia, ini kakak Katarina," kedengaran suara Katarina sedang cemas.
"Mengapa, kakak? Kek terjatuh di tengah jalankah?"
Katarina terdiam. Kek terjatuh? Ia tidak berlaku. "Bukan! Kek masih selamat."
Damia kehairanan. "Masih? Masih selamat? Apa maksud kakak?" Katarina berat hati mahu meneruskan kata-katanya. Namun, dia menabahkan hati juga untuk membuka mulut dan menyatakan perkara sebenar yang berlaku. "Kakak Ila dan Abang Azzamshah kemalangan di jalan raya. Kakak tidak menunggang motosikal yang sama, jadi kakak selamat. Sekarang kami di Hospital Sri Warni, kamu ajaklah ibu datang sini cepat," Katarina akhirnya dengan cemerlangnya menoktahkan kenyataan yang menyakitkan itu. Damia terkedu lalu meletakkan gagang telefon itu.
"Ibu! Ibu! Bangun ibu!" Damia menggoncangkan badan ibunya sambil menangis. "Ada apa, Damia? Kamu bermimpi tentang perkara yang buruk-burukkah?" Puan Nurin menggeliat di atas katilnya. Argh, misi memproses tahi mata terganggu, lagi!
"Ibu cepatlah bangun! Jom ke Hospital Sri Warni. Kakak Katarina berada di sana. Kakak Ila dan Abang Azzamshah juga begitu. Mereka berdua kemalangan, ibu!" Damia bingkas bangun dan menuju ke arah pintu rumah. Puan Nurin menuruti langkah Damia. "Ibu! Cepatlah!" Damia mula menjerit.
___________________________________________________________________________________*****************************__________________
"Mak cik!" Katarina membuka langkah seribu apabila ternampak Puan Nurin. Dia memeluk Puan Nurin dalam esak tangisnya. Puan Nurin kehairanan. Terkena histeriakah budak ini? "Mengapa, Katarina?" soal Puan Nurin. "Imtiyaz Suhaila sudah pergi! Arwah sudah bertemu Illahi! Azzamshah masih lagi selamat, tidak kritikal."
Puan Nurin terasa bahawa dia sedang tidak memijak tanah. 'Luluh hati mak, nak!'. Baru sahaja Puan Nurin hendak pitam, Katarina yang pitam!
Uhuk!
"Ibu...."
Puan Nurin memalingkan wajahnya ke arah seseorang. Tidak lain tidak bukan, itu Azzamshah. Azzamshah membantu ibunya memapah Katarina. "Azzamshah minta maaf. Ini semua salah Azzamshah. Kalau Azzamshah tahu bahawa Ila akan pergi, sudah pasti Azzamshah dengan sengaja bergolek bersama Ila di atas jalan sehingga dilanggar kereta. Azzamshah menunggang dengan laju tadi." Puan Nurin sebak mendengar kata-katanya. "Benda sudah dan mahu jadi, hendak buat bagaimana? Ibu tidak akan salahkan kamu. Bila ayah balik nanti, ibu akan beritahu ayah bahawa tiada sesiapa yang bersalah dalam kejadian ini."
Azzamshah terharu! Dia memeluk dan mencium ibunya. Hmm, benda mahu terjadi, bukan?
"Adik? Adik ini abang gadis yang kemalangan tadi itu, ya? Adik boleh bawa jenazah arwah pulang. Takziah kakak ucapkan," seorang jururawat yang kecil molek menegur Azzamshah. Azzamshah mengangguk. "Ayuh, ibu."
_______________________________________________________________________________**************************************_____________
"Tok Adif kejam! Jahat, jahat!" Damia menghentak-hentakkan kakinya. "Mengapa kamu marahkan Tok Adif pula ini?" Azzamshah kehairanan. Dia duduk di atas sofa. Kakinya yang masih sakit itu diletakkan dalam keadaan yang betul supaya tidak sakit. "Adakah patut dia tanam Kak Ila dalam tanah? Bagaimana Kak Ila mahu bernafas nanti?" Damia terasa mahu mengamuk.
Puan Nurin menitiskan air matanya. Walaupun dia memaafkan Azzamshah, tetapi hatinya masih lagi terasa pedih dan sakit. Tambahan lagi apabila Damia mencari fasal. 'Ya Allah, hambamu tidak mampu bertahan lagi.'
Azzamshah menyedari perubahan ibunya. Dia mula berasa bersalah. "Ibu, usahlah bersedih lagi. Sabarlah," dia memujuk Puan Nurin. "Apa yang kau maksudkan dengan sabar? Kau tahu, ini semua salah engkau? Apa ibu mahu jawab depan ayah engkau nanti? Anak kurang ajar!" tanpa disedari dan disangka-sangka, Azzamshah ditengking oleh ibunya. "Engkau ingat aku maafkan engkau? Usah berangan! Sekarang aku sudah tidak ada anak perempuan serajin dan sebaik dia lagi! Salah siapa? Siapa?! Engkau!" Puan Nurin mula menggunakan bahasa kasar.
Puan Nurin berdiri sambil menarik tangan anak perempuannya yang seorang lagi. "Ingat! Engkau anak yang celaka!" Damia yang terkejut besar hanya menuruti langkah ibunya. Lebih baik dia mengikut permintaan ibunya sebelum di'cop' sebagai anak kurang ajar!
Ibu mereka memang jarang marah. Jika dia marah, bagai petir menyambar rumah mereka. Tetapi tidaklah seteruk apa yang Azzamshah kena tadi!
Kini Azzamshah menyesal, faham mengapa ibunya melarang mereka merempit ataupun keluar waktu malam. Tetapi, segalanya sudah terlambat. Sangat terlambat! Nyawa juga menjadi mangsa, celaka mengambil tempat pada dirinya.
_____________________________________________________________________________________************************_____________________
"Damia lukis apa itu?" Azzamshah merenung Damia yang sedang melukis di atas sehelai kertas. "Kau ini siapa? Kata ibu, anak celaka!" Damia memarahinya. "Damia? Mengapa berkata begitu kepada abang? Tidak baik, tahu?" Azzamshah terkedu. Hairan dengan adiknya.
"Abang? Kau ingat kau layak jadi abang?"
"Damia, bila kamu pandai melawan ini? Bukankah kamu masih lagi kecil, tidak layak berkata demikian?"
"Kau ingat, aku budak kecil, enam tahun, tidak tahu berkata-kata, ya? Usah perasan! Kalau tidak kerana engkau, aku masih ada kakak! Engkau teringin sangat mahu keluar malam-malam, bukan? Nah, inilah balasannya! Anak derhaka!" Damia Qaisara berdiri sambil menunjukkan penumbuk.
Azzamshah mencubit pahanya. Sakit! Dia tidak bermimpi. Segalanya lingkup lagi punah. Kini hanya satu sahaja soalan yang berlegar di dalam kepala otak Azzamshah setelah ibu dan adiknya tidak menerimanya lagi. Masihkah Katarina sudi berhubungan dengannya lagi? Jika tidak, tiadalah tempat bergantung bagi Azzamshah lagi. Tidak ada!
Azzamshah pasrah.
Uhuk!
Assalamualaikum... Kesemua 'post' dan 'content' di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang peniruan/penciplakan
tanpa izin adalah dilarang sama sekali. Harap maklum. Terima kasih .. ;)
Jasa baik anda amat dihargai ^.^
Tuesday, June 18, 2013
Saturday, June 15, 2013
Damia Qaisara : Bab 1
Assalamualaikum .. ^_^ Selamat Datang ke blog Tarian Penaku yang mempunyai novel dan cerpen yang direka sendiri. Okey, novel pertama di sini bertajuk 'Damia Qaisara'. Kalau nak tahu siapa Damia , apa yang berlaku, bacalah , ya! Ini cuma bab 1 . Kalau mahu baca bab 2 , datanglah blog ini sekali lagi ya!
Bismillahirrahmanirrahim ...
____________________________________________________________________________________******************************________________
"Damia, kakak mahu keluar dengan abang Azzamshah sebentar. Nanti selepas ibu selesai solat, tolong bagitahu ibu, ya?" Imtiyaz Suhaila berpesan kepada adiknya. "Okey," Damia Qaisara hanya menjawab tanpa menyoal. "Abng sudah siapkah? Ila sudah siap! Biasanya Ila sebagai seorang gadis yang akan lambat bersiap. Ini tidak. Dunia sudah terbalikkah?" Imtiyaz Suhaila membebel. "Okey, okey! Abang sudah siap ini. Janganlah membebel!" Azzamshah melangkah keluar dari biliknya.
"Okey, Damia. Akak keluar dulu," Imtiyaz Suhaila melangkah keluar dari banglo itu. "Selamat tinggal, abang, kakak! Hati-hati, ya?" Damia melambai ke arah abang dan kakaknya yang menggunakan motosikal. "Ish, budak-budak ni. Sudah malam pun mahu keluar! Tidak bagitahu ibu pula itu. Kalau jadi apa-apa baru tahu," Puan Nurin marah dengan anak-anaknya. Sudahlah Azzamshah itu 'hantu rempit'! Imtiyaz Suhaila pula buat tidak kisah dengan abangnya itu.
"Mereka mahu belajar agaknya, ibu," Damia Qaisara teragak-agak hendak menjawab. "Hei, kamu itu baru berusia enam tahun, ya! Tidak mungkinlah waktu malam begini hendak belajar," Puan Nurin mengeluh. Apalah yang hendak jadi kepada anak-anaknya. Semakin meningkat usia, semakin menjadi-jadi perangai!
Puan Nurin mendail nombor Azzamshah. "Azzamshah tertinggal telefon bimbitnya pula!" Puan Nurin semakin geram. Disebabkan telefon bimbit Imtiyaz Suhaila sedang dibaiki, Puan Nurin mendail nombor Katarina, teman rapat Azzamshah. "Helo?" kedengaran suara Katarina melalui ganggang telefon rumah Puan Nurin. "Katarina? Ini Mak Cik Nurin. Azzamshah dan Imtiyaz ada dengan Katarina?" Puan Nurin menyoal. "Mereka tidak ada bersama saya, tetapi mereka sudah berjanji mahu bertemu saya. Kami mahu ke bakeri sebentar untuk membeli kek hari lahir guru kelas saya dan Azzamshah. Bila mereka tiba nanti, saya akan telefon mak cik semula," Katarina menjawab dengan panjang lebar. Walaupun tidak kesemua maklumat yang diberikan adalah tepat lagi sahih, Puan Nurin mempercayai kata-kata Katarina.
Puan Nurin menyudahi panggilan telefonnya lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Mahu belajar konon! Damia, kamu pandai-pandai sahaja mahu meramal apa yang mahu dilakukan oleh mereka berdua, ya!
Damia Qaisara yang masih duduk di atas sofa sambil menonton televisyen mula tersengguk-sengguk. Puan Nurin menyuruhnya masuk ke dalam bilik dan tidur. Sebelum itu, dia menjalankan 'aktiviti'nya dahulu di dalam tandas. Bilik serba merah jambu yang dikongsi bersama dengan Imtiyaz Suhaila tampak cantik apabila digandingkan dengan beberapa perabot yang berwarna ungu muda.
Damia berbaring di atas katil. Matanya dipejamkan.
________________________________________________________________________________________***************************_______________
"Argh, kenapa saya tidak boleh tidur ini? Kenapa kakak dan abang belum balik lagi?" Damia Qaisara terasa mahu mengamuk tengah malam itu. Mujurlah esok hari cuti. Selamat matanya!
Hairan, sudah pukul 11 malam tetapi kakak dan abangnya masih belum pulang lagi!
Patutkah dia menelefon Katarina dan menyusahkannya lagi? Pada mulanya, Damia berniat sebegitu rupa. Kasihan Katarina! Mungkin dia sudah tidur. Lebih baik Damia tidak menelefon sekaligus mengganggunya.
Inilah keadaan Damia sekarang - pusing kanan, pusing kiri, dongakkan kepala, hempaskan badan!
"Damia belum tidur lagikah?" secara tiba-tiba suara Puan Nurin bergema. "Tidak adalah, ibu. Damia sudah tidur. Ibu sedang bercakap dengan hantu, bukan Damia," Damia loyar buruk. Puan Nurin tersengih. "Mengapa ibu belum tidur? Ibu rindukan ayah, ya?" Damia mengusik ibunya.
"Rindu ayah? Mengapa? Ayah baru bertolak petang tadi, mengapa mahu rindu? Ataupun Damia yang rindukan ayah?" Puan Nurin memulangkan paku buah keras kepada Damia.
"Ibu, mengapa abang belum pulang? Sudah pukul 11:30 malam! Mereka tidak tahu jalan balikkah? Ataupun tersesat di dalam bakeri?" Damia menyoal ibunya tanpa menjawab soalan yang diutarakan oleh Puan Nurin tadi. Puan Nurin ketawa mendengar kata-kata anaknya. "Bijak juga anakku ini."
"Mungkin mereka tersesat. Mungkin juga kedua-duanya tertidur di atas motosikal," jawab Puan Nurin. "Ibu masuk tidur dahulu, ya?"
Selepas Puan Nurin terlena dibuai mimpi, Damia terdengar deringan telefon rumahnya. Dia bingkas bangun lalu menuju ke arah ruang tamu di mana telefon rumah ditempatkan.
"Helo?"
"Helo, ini Damiakah?"

Subscribe to:
Posts (Atom)