Assalamualaikum... Kesemua 'post' dan 'content' di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang peniruan/penciplakan
tanpa izin adalah dilarang sama sekali. Harap maklum. Terima kasih .. ;)

Jasa baik anda amat dihargai ^.^

Saturday, June 15, 2013

Damia Qaisara : Bab 1

Assalamualaikum .. ^_^ Selamat Datang ke blog Tarian Penaku yang mempunyai novel dan cerpen yang direka sendiri. Okey, novel pertama di sini bertajuk 'Damia Qaisara'. Kalau nak tahu siapa Damia , apa yang berlaku, bacalah , ya! Ini cuma bab 1 . Kalau mahu baca bab 2 , datanglah blog ini sekali lagi ya!

Bismillahirrahmanirrahim ...

____________________________________________________________________________________******************************________________

"Damia, kakak mahu keluar dengan abang Azzamshah sebentar. Nanti selepas ibu selesai solat, tolong bagitahu ibu, ya?" Imtiyaz Suhaila berpesan kepada adiknya. "Okey," Damia Qaisara hanya menjawab tanpa menyoal. "Abng sudah siapkah? Ila sudah siap! Biasanya Ila sebagai seorang gadis yang akan lambat bersiap. Ini tidak. Dunia sudah terbalikkah?" Imtiyaz Suhaila membebel. "Okey, okey! Abang sudah siap ini. Janganlah membebel!" Azzamshah melangkah keluar dari biliknya.

   "Okey, Damia. Akak keluar dulu," Imtiyaz Suhaila melangkah keluar dari banglo itu. "Selamat tinggal, abang, kakak! Hati-hati, ya?" Damia melambai ke arah abang dan kakaknya yang menggunakan motosikal. "Ish, budak-budak ni. Sudah malam pun mahu keluar! Tidak bagitahu ibu pula itu. Kalau jadi apa-apa baru tahu," Puan Nurin marah dengan anak-anaknya. Sudahlah Azzamshah itu 'hantu rempit'! Imtiyaz Suhaila pula buat tidak kisah dengan abangnya itu. 

   "Mereka mahu belajar agaknya, ibu," Damia Qaisara teragak-agak hendak menjawab. "Hei, kamu itu baru berusia enam tahun, ya! Tidak mungkinlah waktu malam begini hendak belajar," Puan Nurin mengeluh. Apalah yang hendak jadi kepada anak-anaknya. Semakin meningkat usia, semakin menjadi-jadi perangai! 

   Puan Nurin mendail nombor Azzamshah. "Azzamshah tertinggal telefon bimbitnya pula!" Puan Nurin semakin geram. Disebabkan telefon bimbit Imtiyaz Suhaila sedang dibaiki, Puan Nurin mendail nombor Katarina, teman rapat Azzamshah. "Helo?" kedengaran suara Katarina melalui ganggang telefon rumah Puan Nurin. "Katarina? Ini Mak Cik Nurin. Azzamshah dan Imtiyaz ada dengan Katarina?" Puan Nurin menyoal. "Mereka tidak ada bersama saya, tetapi mereka sudah berjanji mahu bertemu saya. Kami mahu ke bakeri sebentar untuk membeli kek hari lahir guru kelas saya dan Azzamshah. Bila mereka tiba nanti, saya akan telefon mak cik semula," Katarina menjawab dengan panjang lebar. Walaupun tidak kesemua maklumat yang diberikan adalah tepat lagi sahih, Puan Nurin mempercayai kata-kata Katarina. 

   Puan Nurin menyudahi panggilan telefonnya lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Mahu belajar konon! Damia, kamu pandai-pandai sahaja mahu meramal apa yang mahu dilakukan oleh mereka berdua, ya!

   Damia Qaisara yang masih duduk di atas sofa sambil menonton televisyen mula tersengguk-sengguk. Puan Nurin menyuruhnya masuk ke dalam bilik dan tidur. Sebelum itu, dia menjalankan 'aktiviti'nya dahulu di dalam tandas. Bilik serba merah jambu yang dikongsi bersama dengan Imtiyaz Suhaila tampak cantik apabila digandingkan dengan beberapa perabot yang berwarna ungu muda.

   Damia berbaring di atas katil. Matanya dipejamkan.

________________________________________________________________________________________***************************_______________

"Argh, kenapa saya tidak boleh tidur ini? Kenapa kakak dan abang belum balik lagi?" Damia Qaisara terasa mahu mengamuk tengah malam itu. Mujurlah esok hari cuti. Selamat matanya!

   Hairan, sudah pukul 11 malam tetapi kakak dan abangnya masih belum pulang lagi! 

   Patutkah dia menelefon Katarina dan menyusahkannya lagi? Pada mulanya, Damia berniat sebegitu rupa. Kasihan Katarina! Mungkin dia sudah tidur. Lebih baik Damia tidak menelefon sekaligus mengganggunya.

   Inilah keadaan Damia sekarang - pusing kanan, pusing kiri, dongakkan kepala, hempaskan badan!

   "Damia belum tidur lagikah?" secara tiba-tiba suara Puan Nurin bergema. "Tidak adalah, ibu. Damia sudah tidur. Ibu sedang bercakap dengan hantu, bukan Damia," Damia loyar buruk. Puan Nurin tersengih. "Mengapa ibu belum tidur? Ibu rindukan ayah, ya?" Damia mengusik ibunya. 

   "Rindu ayah? Mengapa? Ayah baru bertolak petang tadi, mengapa mahu rindu? Ataupun Damia yang rindukan ayah?" Puan Nurin memulangkan paku buah keras kepada Damia. 

   "Ibu, mengapa abang belum pulang? Sudah pukul 11:30 malam! Mereka tidak tahu jalan balikkah? Ataupun tersesat di dalam bakeri?" Damia menyoal ibunya tanpa menjawab soalan yang diutarakan oleh Puan Nurin tadi. Puan Nurin ketawa mendengar kata-kata anaknya. "Bijak juga anakku ini."

   "Mungkin mereka tersesat. Mungkin juga kedua-duanya tertidur di atas motosikal," jawab Puan Nurin. "Ibu masuk tidur dahulu, ya?" 

   Selepas Puan Nurin terlena dibuai mimpi, Damia terdengar deringan telefon rumahnya. Dia bingkas bangun lalu menuju ke arah ruang tamu di mana telefon rumah ditempatkan. 


"Helo?"

"Helo, ini Damiakah?"





No comments:

Post a Comment