Assalamualaikum... Kesemua 'post' dan 'content' di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang peniruan/penciplakan
tanpa izin adalah dilarang sama sekali. Harap maklum. Terima kasih .. ;)

Jasa baik anda amat dihargai ^.^

Thursday, July 18, 2013

Damia Qaisara : Bab 3

Azzamshah berlari ke dalam biliknya. 'Benarkah itu Damia?'

Gulp!

Telefon bimbit berjenama 'Cokia' dicapainya. Dia berniat untuk menghantar pesanan ringkas kepada teman rapatnya.


'awak okey?'

'mengapa tanya? awakkan pembunuh'

Azzamshah terkesima. Tidak! Mengapa dengan semua orang ini?

'awak, maafkan saya. awak ingat saya sengaja?'

'semestinya'

'Baiklah. saya redha.'

Tiga minit kemudian, dia menerima balasan daripada Katarina.

'jangan alim-alim kucing. hehe. saya hanya bergurau. saya tahu ia bukan salah awak.'

     Lega! Sangkanya smua orang sudah meminggirkannya. Ibu, adik dan mungkin selepas ini ayahnya! Nasibnya baik kerana punya sahabat sejati seperti Katarina. Inilah namanya teman sejati! Untungnya! Dalam hati, Azzamshah memuji-muji Katarina. Dia terasa mahu menyanyikan lagu 'Sahabat' oleh Najwa Latif!

     Hore! Dia melompat di atas katil. Tiba-tiba, ada ketukan bertalu-talu yang datang dari pintu biliknya. Dia berhenti melompat. Dia melangkah dengan perlahan ke arah pintu biliknya. Tombol yang berkilat itu dipulasnya. "Damia mahu apa?"

     "Telefon bimbit. Ibu minta," jawab Damia dengan selamba. Hati Azzamshah apatah lagi, seolah-olah direnyuk! "Ibu hendak apa dengan telefon bimbit itu?"

     "Usah banyak soal, beri sahaja."

     Azzamshah dengan tidak rela berjalan dengan lemah-longlai ke arah katilnya. Dicapainya telefon bimbit yang sudah retak akibat terjatuh. "Nah."

     Damia menyambar telefon itu sambil tersenyum penuh makna. Amboi, budak ini! Tidak padan langsung dengan badannya!

     *******************************************************

     "Ibu, ini telefon bimbit abang," Damia menghulurkan objek yang dibimbitnya sejak tadi. "Okey. Kamu minta dengan cara yang bagaimana?" soal Puan Nurin sambil memeriksa telefon bimbit Azzamshah.

     "Damia minta sahaja. Dia terus beri," Damia menjawab sambil membetulkan tocang pada rambutnya. "Ayah balik bila, ibu?"

     Puan Nurin tiba-tiba terkesima. Suaminya akan pulang minggu hadapan! Apa agaknya yang perlu diberitahu olehnya kepada Encik Sufian nanti? Pasti dia sendiri yang dipersalahkan!

     "Minggu ..... depan . Lu ... lusa," Puan Nurin termenung seketika. Damia terperanjat mendengar kata-kata ibunya itu. "Lusa? Apa ibu mahu jawab nanti?" 

     Puan Nurin tidak menjawab. Dia masih lagi termenung. Sudah nasibnya mungkin. Aduh, kerana nila setitis rosak susu sebelanga! 

     "Ibu tidak tahu. Ibu rasa nanti ayah kamu akan membebel memanjang. Tidak menelefon dialah, walhal ibu sudah cuba, tetapi ayah kamu yang tidak menjawab," Puan Nurin gelisah. "Tidak mengapa, ibu. Damia akan ceritakan hal yang sebenarnya kepada ayah. Pasti abang yang dipersalahkan, bukannya ibu," Damia cuba menyedapkan hatinya. Puan Nurin memang suka akan perangai anaknya seperti itu. Puan Nurin berfikir semula. Dia sendiri yang akan dipersalahkan kendatipun Azzamshahlah penyebab mereka kehilangan Imtiyaz Suhaila!

     "Tidak mengapalah, Damia. Ayah kamu itu bukan calang-calang orangnya. Cakaplah bagaimanapun, dia tetap tidak akan percaya," Puan Nurin berputus asa.

     Damia Qaisara akhirnya kecewa.


1 comment: