5 tahun kemudian ...
"Mana budak ini? Janji pukul 4, dah pukul 4:15 ini!" Azzamshah geram dengan Katarina. Alahai, 15 minit pun berkira! Itulah, tidak faham hati seorang wanita! Hahahaha.
Kelihatan kelibat seorang wanita segak melangkah masuk ke dalam kafe itu. "Maaf, saya cuma lambat 30 minit sahaja," Katarina tersengih. Azzamshah menampar dahinya. 30 minit? 30 minit SAHAJA?
"Kau biar betul? 30 minit boleh ditambah 'sahaja' di belakang?" Azzamshah membulatkan matanya. Jika orang lain melihat mereka, pasti mereka menyangka bahawa Katarina dan Azzamshah sedang berkasih.
"Eh, kau SPM result elokkah? Dah 5 tahun kita tidak bersua muka. Telefon bimbit aku entah ke mana. Dulu masa aku dilanda 'kontroversi', ibu aku simpan. Tapi dia sudah lupa di mana telefon bimbit itu," Azzamshah tidak menunggu jawapan untuk persoalan yang dilontar tadi.
"Alhamdulillah, itulah. Berkat usaha pada saat-saat akhir. Hehehe," Katarina tersengih. Mujurlah dia seorang yang bijak bestari!
"Kau pula bagaimana? Aku yakin pasti keputusan kau elok!"
Azzamshah mengangguk. "Kau sudah berbaik dengan ibu dan adik?" soal Katarina. Azzamshah tersenyum. "Ya, ibu aku menerima aku semula setelah au membantu. Adik aku masih lagi menarik muka. Jikalau dahulu dia periang, mulut murai, kini wajah cerianya yang comel itu pudar," senyumnya pudar. Damia Qaisara, berusia 11 tahun kini. Dia sepatutnya gembira dengan hidupnya, sebagai seorang kanak-kanak. Namun begitu, dia tidak medapat kasih sayang seorang kakak. Kakak, di mana engkau menghilang? Uhuk!
"Oh. Saya berasa simpati kepada awak. Saya rindu akan Damia. Kalau boleh, sekarang juga saya mahu bertemu dengannya. Boleh?" Katarina membuat mimik muka secomel yang mungkin. Azzamshah menongkat dagu tanda berfikir. "Boleh! Hari ini dia tidak menghadiri kelas tambahan. Gurunya bercuti. Kau datang dengan teksi, bukan? Ayuh aku bawakan kau ke sana. Aku sudah punya kereta."
Katarina gembira. Beruntungnya dia ! Bukan sahaja dapat bertemu sahabat sejati-sehati-sejiwa-seraganya, malah dapat menemui adik rakannya itu pula! Oh, Damia Qaisara, rindunya daku kepadamu! Uhuk!
**********************************************************
"Asslamualaikum."
Damia Qaisara menjawab salam sambil memulas tombol pintu rumah banglo itu. Dia mengerutkan dahi. "Ini teman wanita abangkah?" Azzamshah menggeleng. "Kamu sudah lupa? Ini Kakak Katarina, teman rapat abang dahulu. Damia Qaisara mengangguk, tersenyum lalu menyalam Katarina. Dia terus masuk ke dapur dan menyediakan air teh dan beberapa keping biskut. Puan Nurin dan Encik Sufian tiada, mereka ke pasar sebentar.
"Damia, mana ibu dan ayah?" soal Azzamshah sambil menghirup teh yang dihidangkan. Wek! Tawarnya teh ini! Dia cuba menahan mukanya daripada berkerut. Dia memberi isyarat kepada Katarina, namun dia tidak menyedarinya. Katarina memberikan respon yang positif, tidak seperti Azzamshah !
Secara tiba-tiba, pintu banglo itu diketuk bertalu-talu. Encik Sufian dan isterinya melangkah masuk. Mereka tersenyum ke arah Katarina. Panjang umur mereka! Puan Nurin melangkah masuk dengan letih. "Mengapa abang sudah lama tidak menjenguk Damia dan ibu?" Damia Qaisara menyoal. Sejak abangnya bekerja, dia jarang bertemu dengannya. Damia tidak ada kakak lagi, hanya kasih sayang abang yang diharapkannya. Namun, segalanya seolah-olah punah selepas abangnya mula bekerja dan tinggal di rumah yang lain.
Azzamshah terasa bersalah mahu menjawab. "Abang tahu, Damia rindu akan kakak. Damia ada jumpa seorang gadis yang cantik, dia beretuju jadi kakak angkat Damia. Tapi dia sudah berpindah."
Katarina kasihan akan Damia Qaisara. Damia Qaisara kelihatan muram dan sedih. Dia tidak suka melihat gelagat kanak-kanak sebegitu. Dia mahukan semua kanak-kanak di dunia ini sentiasa ceria!
"Isara, janganlah bersedih. Kakak ada, boleh ceriakan kamu," Katarina menyedapkan hati Damia Qaisara. "Isara?" Puan Nurin terasa mahu tergelak mendengar kata-kata Katarina. Erk, Katarina hairan. Dia ada buat salahkah ?
"Err, maaf. Damia, bukan?" Damia tersenyum.
No comments:
Post a Comment