"Kakak,kakak mahu tahu bagaimana kami berbaik semula?" soal Damia Qaisara. Amboi budak ini, dengan Katarina ramah pula, ya! Katarina mengangguk. Damia, Azzamshah, Puan Nurin serta Encik Sufian mengimbau kembali kenangan lampau lima tahun dahulu ...
**********************************************************
Selesai sahaja bersolat, Puan Nurin melipat telekung dan sejadah yang digunakannya tadi. "Ibu, bagaimana niat solat subuh? Damia sudah lupa," Damia menarik tangan ibunya. Puan Nurin membulatkan mata. Belum solat lagi? Waktu sudah habis! Puan Nurin mengajar Damia berniat.
Tiba-tiba, Puan NUrin teringat akan Azzamshah. Sudah bangun atau belum budak itu? Sudah solat? Puan Nurin akhirnya tidak menghiraukannya kerana masih ada bekas luka di hatinya. Dia terus ke dapur untuk menyediakan sarapan. Encik Sufian akan balik esok. Pandai-pandailah dia hendak menjawab nanti.
'Bip bip ting ting.'
Puan Nurin memalingkan mukanya ke arah meja solek. Telefon bimbit Azzamshah diambil. Dia memeriksa pesanan ringkas yang diterima melalui telefon bimbit Azzamshah. Ia datang daripada Katarina. 'jumpa saya 5 petang ini. jangan lambat, ya.'
Puan Nurin menggelengkan kepalanya. Mahu jumpa? Tidak perlu! Azzamshah bukannya sempat membacanya pun. Puan Nurin berjalan ke dapur. Dia menyediakan bahan-bahan untuk menyediakan sarapan. Dia menyediakan makanan lebih kerana ingin menyimpannya untuk hari esok. Tidak perlulah membazir makanan yang berbaki.
**********************************************************
"Alamak, bagaimana aku boleh terlewat?" Azzamshah melihat jam locengnya. 10:00 pagi! Jarum saat berdetik dengan lemah. Sekejap ia terhenti, sekejap bergerak. Akhirnya ia berhenti dan tidak bergerak lagi. "Bateri sudah kehabisan tenaga!"
Dia bingkas bangun dari katil lalu mencapai tuala. Dia bergegas ke arah bilik air. Dia mandi. "Subuh? Melepas...."
Selesai memakai baju, langkahnya terhenti. 'Kruuoookk' Ya, itu bunyi perutnya! Dia dengan senang hatinya melangkah ke dapur sambil memikirkan apa yang telah disediakan oleh ibunya sebagai sarapan.
Tudung saji yang sedang berada di atas meja makan diangkatnya. "Hmm .. Sup cendawan dan mee goreng!" Azzamshah gembira. Dia kemudiannya menikmati makanan yang telah disaji di atas meja makan itu.
Beberapa minit kemudian, Azzamshah sendawa tanda kekenyangan. Bluurp ! Pinggan dan mangkuk yang tadinya mengisi garlic bread, sup cendawan dan mee goreng licin! Rosak dietnya! Dia meninggalkan pinggan mangkuk yang telah licin itu di dalam singki, tanpa mencucinya!
Hati kecilnya bernyanyi riang, 'Senangnya dalam hati, dapat makan sedap-sedap...'
******************************************************
"Damia Qaisara! Datang ke sini, CEPAT!" Puan Nurin mula mengamuk. Damia Qaisara melangkah secara takut-takut berani ke arah dapur. "Y.. ya?"
"Mengapa Damia habiskan semua sarapan yang berbaki? Esok kita hendak sarapan dengan apa?" Puan Nurin menyoal siasat Damia Qaisara sambil membulatkan matanya. Damia Qaisara hairan. "D.. Da.. Damia... Damia tidak makan lebihan sarapan pun! Le... lepas selesai sarapan Damia terus masuk bilik dan ti.... tidur semula," air mata Damia Qaisara bergenang. Puan Nurin terkejut. "Tidur semula? Makanan tidak terhadamlah nanti, wahai Cik Damia!" Puan Nurin marah. Patutlah badannya semakin membesar! "Maaf, ibu. Damia tidak tahu. Biasanya jika ada kesalahan yang Damia lakukan, mesti abang akan tegur," Damia menundukkan kepala. Puan Nurin yang terdengar perkataan 'abang' teringat akan Azzamshah.
'Ini mesti kerja Azzamshah!' Puan Nurin melangkah dengan laju ke arah bilik Azzamshah. Tombol pintu biliknya dipulas. Azzamshah tiada di dalam biliknya. Puan Nurin mengetap-ngetapkan bibirnya.
Damia yang melihat tindakan ibunya risau. Kelibat Azzamshah tiba-tiba muncul. Damia mula cemas. Dia memberikan isyarat agar abangnya tidak melangkah ke arah bilik. Puan Nurin sibuk menggeledah bilik Azzamshah ketika itu.
Azzamshah kehairanan melihat adiknya. Menggoyang-goyangkan tangan. Azzamshah membuat mimik muka tanda hairan. Damia terus sahaja menghalang abangnya daripada memasuki bilik.
"Kamu ni kenapa?" soal Azzamshah separuh berbisik. "Ibu ada dalam bilik, ibu tahu abang makan semua sarapan di atas meja."
Azzamshah terkedu. 'Jadi, sarapan itu bukan untuk aku?'
Puan Nurin menutup pintu bilik Azzamshah. Dia terkejut melihat Damia berbisik-bisik dengan Azzamshah. "Ha, apa pula yang diumpat itu?"
"Tidak adalah, ibu. Kami cuma berbual," Damia memberanikan diri menjawab. Azzamshah menyiku Damia yang montel itu dalam senyap. Menjawab! "Oh," Puan Nurin tidak banyak soal, terus meninggalkan mereka berdua. Seketika kemudian, dia berpaling semula. "Katarina mahu bertemu dengan kamu, Azzamshah. Dia SMS semalam. Dia mahu jumpa di N'Talili Cafe, jam 5 petang ini."
"O... oh. Terima kasih kerana beritahu."
"It's my pleasure."
Damia dan Azzamshah saling berpandangan setelah ibu mereka berlalu. 'Mengapa dengan mereka ini?' soal Azzamshah dalam hati. 'Baik pula!'
***************************************************************
Jam 5:35 petang
N'Talili Cafe |||
"Kau lewat 5 minit," Azzamshah menjegilkan matanya ke arah Katarina. Katarina kehairanan. "5 minit? Aku rasa aku mahu berjumpa dengan kau 35 minit yang lalu!"
"Aku datang awal kerana aku tahu, kau pasti lambat 30 minit!" Azzamshah serta Katarina ketawa kecil. "Sorry, jalan sesak tadi! Teksi pun seperti siput sahaja!"
"Ha, ada apa kau mahu jumpa aku ni?" Azzamshah menyoal. "Aku nak bincang fasal masalah keluarga kau," sambut Katarina. "Oh, kau tidak perlulah susah-susah. Ini hal keluarga aku. Lagipun, penyebab Ila pergi dulu pun adalah aku," Azzamshah muram.
Katarina mula disebulungi rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya menyentuh hal itu tadi. Tetapi, Azzamshah merupakan sahabat karibnya. Dia perlu membantu! "I'm so sorry, dear. Aku tak bermaksud hendak buat kau sedih."
Azzamshah menggelengkan kepalanya. Perbualan mereka terhenti seketika apabila seorang pelayan menghantar kopi dan segelas jus oren. "Azzam, aku belanja kau. Jangan sedih-sedih lagi, okey?" Katarina memujuk. Azzamshah yang tadinya murung kembali ceria. Pantang apabila dibelanja!
"So, Katarina. Do you have any plan?" soal Azzamshah. "E-eh! Kau jangan nak speaking di sini pula, ya?!" Katarina menjeling. Sahabatnya itu hanya tersengih. "Begini, aku rasa seeloknya kau mengaku kesalahan kau."
"Amboi, mudahnya cakap! Kau ingat, ibu aku itu senang dipujukkah?" Azzamshah yang tadinya menghirup kopi terasa mahu tersedak mendengar cadangan Katarina. "Dengar dulu! Kau pujuk sahaja banyak kali. Walau kau ditengking sekali pun, kau minta maaf, minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki!" Katarina berhenti sebentar merehatkan lidah. Jus oren diminumnya. Seketika kemudian, dia menyambung, "Ketika itu juga, kau tunjuklah sesuatu yang ibu kau suka. Contohnya kek ataupun piza Pak Cik Meor!"
Azzamshah yang tadinya hanya menjadi pendengar setia terhadap hujah-hujah Katarina, membuka mulut, "Kau memang bijak! Bagaimana kau tahu ibu aku suka piza pak cik itu?" Hidung Katarina kembang! "Biasalah, Katarina ini, bijak orangnya! Lagipun, semua orang suka piza Pak Cik Meor."
'Eleh, kembanglah tu,' Azzamshah berbisik. Suara gemersiknya dapat ditangkap Katarina, namun tidak jelas tuturnya. "Maaf, saya tidak dengar." Azzamshah tersengih seraya menggoyang-goyangkan tangannya. "Tiada apa-apa."
"Okey," Katarina terus melayan kesegaran jus orennya. Dia teringat akan sesuatu. "Alamak, aku tertinggal dompet di rumah!" Kata-katanya menyebabkan mata Azzamshah membulat sebulat-bulatnya! "You what?!"
"Saya bergurau," Katarina tersengih. Azzamshah mencebikkan bibirnya. Cadangan Katarina dipertimbangkan semula. 'Good idea...'
No comments:
Post a Comment