Assalamualaikum... Kesemua 'post' dan 'content' di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang peniruan/penciplakan
tanpa izin adalah dilarang sama sekali. Harap maklum. Terima kasih .. ;)

Jasa baik anda amat dihargai ^.^

Wednesday, October 23, 2013

Damia Qaisara : Bab 6

"Ibu, Azzamshah hendak berbincang sesuatu dengan ibu," Azzamshah mundar-mandir dalam biliknya sambil mengulangi ayat itu berkali-kali. Dia menarik nafas panjang dan bersedia untuk menemui ibunya. Buat kali terakhirnya dia menghela nafas.

     Langkahnya diatur ke arah ruang tamu. "Ibu!" dia menyeru nama ibunya. Tiada jawapan. "Ibu?" matanya meliar mencari Puan Nurin di ruang tamu. Kek yang baru sahaja dibeli diletakkan sementara waktu. Langkahnya diatur pula ke arah dapur. 'Mengapa malam ini ibu padamkan lampu?' hati kecilnya merungut tanda geram. Dia menyalakan lampu.


     "Kejutan!"

     Jantung Azzamshah hampir terloncat keluar mendengar jeritan itu. Dadanya sesak. Kelihatan Puan Nurin, Damia Qaisara, Encik Sufian, Katarina serta ibu bapanya dan ramai lagi di ruang makan. "Ayah!" matanya terbeliak memandang Encik Sufian. Pelukan erat hinggap di tubuh bapanya itu. "Bila ayah balik dari Capetown?" soalnya.

     "Hairan, mestilah tadi. Kamu ada nampak ayahkah pagi tadi?" Encik Sufian berseloroh. Azzamshah tersengih. Ciuman hinggap di pipi Puan Nurin pula. "Ibu maafkan Azzamshah?"

     Puan Nurin mengangguk tanda mengiakan. Dia tersenyum. Ubun-ubun Azzamshah dikucup penuh kasih. "Abang," Damia menggoyangkan  tangan abangnya. Azzamshah merenung adiknya. "Happy birthday!" Damia terloncat-loncat tatkala mengungkap ayat itu. 

     "Thanks a lot, dear!" Azzamshah senang hati mendengar ucapan adiknya. Pipi tembam adiknya dicium bertalu-talu. Katarina yang dari tadi hanya menjadi pemerhati, direnungnya. "Hei, ini mesti kerja kau, bukan?" dia menyindir. "Siapa lagi yang teringin sangat hendak ingat hari lahir kau itu melainkan aku?" Katarina memulangkan paku buah keras kepada Azzamshah. Azzamshah tersipu-sipu. "It is well-planned, isn't it?" 

     Azzamshah mengangguk mendengar kata-kata ibunya.

     "Aunty, uncle, thanks for coming. I'm pleased to see you here!" Azzamshah bersuara kepada Encik Steven dan Puan Stella, ibu bapa Katarina. Mereka merupakan Cina Muslim. Puan Stella mengangguk manakala Encik Steven hanya tersenyum. "Tidak mengapa, Azzamshah. Sesekali kami mahu juga kenal lebih dekat dengan rakan anak kami," Encik Steven menyahut. Seketika, Azzamshah tersipu-sipu malu kerana Encik Steven yang merupakan seorang berbangsa Cina pun bertutur dalam Bahasa Malaysia. Malu! Sesungguhnya hanya Azzamshah yang tahu betapa malu dirinya ketika itu!

     Dia tersengih. "Ah, sudahlah itu! Ayuhlah kita potong kek," ajak Puan Stella. "Ya, betul. We have two cakes here!" Katarina mengiakan kata-kata ibunya. Dia tersenyum manja ke arah Puan Stella. "Jom," Azzamshah menggamit.

     "Yeay! Potong kek!" beberapa orang kanak-kanak termasuk Damia meloncat-loncat tanda gembira. Mereka menjadi semakin teruja setelah mendapati ada dua kek di situ. Satu daripada mereka dan satu lagi kek yang Azzamshah ingin berikan kepada Puan Nurin pada mulanya.

     Majlis itu diraikan dengan meriah sekali. Azzamshah tersenyum bahagia. Bahagianya tidak dapat dititi bibir.

***********************************************

"Oh, jadi sejak itulah, ya? Aku sudah lupa pula! Maaf," Katarina tersengih. Azzamshah hanya tersenyum. Tersenyum bahagia. "Kak, mengapa tidak habiskan air yang Damia buat? Tidak sedapkah?" Damia menegur Katarina. Katarina bersalah mendengar tutur Damia. "Er, terlalu lazat! Sebab itulah kakak tidak mampu menghabiskannya."

     "Ala, habiskanlah, kak," Damia memujuk. "Damia penat buat, tahu? Bukannya selalu Damia buat air ni," Encik Sufian menyampuk. Puan Nurin tergelak kecil. 

     Dengan rasa teragak-agak, Katarina menghirup minuman yang dibuat Damia. Dia dengan jayanya menghabiskan minuman itu. Ungkapan syukur tidak henti melanda hatinya. 

     "Nak lagi?"

     Katarina nyaris-nyaris tersembur teh yang dihirupnya tadi. "Kenapa, kak?" 

     "Tiada apa-apa," sahut Katarina sambil tersengih. "Okeylah, rasanya Katarina sudah mahu balik, bukan?" Azzamshah cuba mempertahankan Katarina dan mengelakkan dirinya daripada menjadi 'mangsa teh Damia'. 

     "Ish, kamu ini. Seperti mahu menghalau Katarina pula," tegur Puan Nurin. Azzamshah mengeluh sambil membuat muka bosan. Dia menghampiri Puan Nurin dan membisikkan sesuatu. "Oh, tidak mengapalah! Katarina sudah mahu pulang, ya? Nanti datanglah lagi, minum teh Damia!"  perasaan Puan Nurin tiba-tiba berubah. "Tidak mengapa, nanti Katarina datang lagi, ya?"

     "Okey, selamat tinggal! Jumpa lagi!"

     Katarina dan Azzamshah segera meninggalkan banglo besar itu dengan muka yang berkerut. Hairan dengan perubahan Puan Nurin. Setelah mereka meninggalkan banglo itu, Encik Sufian mula bersuara. "Apa pasal awak tiba-tiba suruh Katarina balik cepat-cepat ini?"

     Damia yang terlopong akibat perubahan ibunya tadi mencuri dengar perbualan ibu dan ayahnya. "Azzamshah kata apa?" soal Encik Sufian bertubi-tubi. "Risau sekiranya Katarina terpaksa menghabiskan satu teko teh itu pula!" ujar Puan Nurin separuh berbisik. Encik Sufian ketawa mengekeh bersama isterinya. Mujurlah Damia tidak dengar, sekiranya tidak, perang besar!

     Damia berlalu bersama dulang yang ditatangnya. Encik Sufian dan Puan Nurin menyambung tawa mereka setelah anak bongsu mereka berlalu. 


No comments:

Post a Comment