"Ah, sakit ibu! Sakit!" aku tidak mampu menahan tangis lagi. Ayah merotanku dengan sepenuh kudratnya. Ibu pula hanya mampu memerhati dari jauh, tidak terdaya hendak membantuku. Aku menangis teresak-esak. Mata ibu mula digenang mutiara jernih. Runtun hati ibu hanya Tuhan yang tahu saat itu.
Ayah terus merotanku. Rumah kayu yang didiami aku sekeluarga hingar dek esakan dan jeritan aku. Ayah tidak memperdulikan luka-luka yang tercoret pada jasadku. 'Tinta' jasadku mengalir keluar dari calar dan luka-luka seluruh tubuhku.
Kereta Proton Waja berwarna putih menyusur masuk ke perkarangan rumahku sekeluarga. Abang Azman dan Kakak Zuhaili yang merupakan saudara kandungku keluar dari kereta itu. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Abang Azman terperanjat melihat aku yang terbaring lemah di atas lantai ruang tamu. Kak Zuhaili umpama tiada darah, pucat lesi tidak terkata. "Ayah! Cukup! Kenapa ayah pukul Atiqah?!" Kak Umairah yang menjinjing beg-beg plastik berisi barang runcit menjerit.
"Kau jangan sibuk!" ayah menengking Kak Umairah. "Ayah, Aira mungkin hanya menantu ayah, tapi Atiqah tu anak ayah! Anak ayah!" Kak Umairah membalas. Keberanian Kak Umairah membuatkan keberanian Abang Azman mendadak naik. Kak Zuhaili pula sudah jatuh terduduk melihat tindakan ayah. Adik bongsuku yang baru berusia empat tahun, Ismawati hanya terduduk di sebelah ibu yang terlantar di atas tilam empuk.
Abang Azman yang kegeraman melihat ayah yang memukulku terus menuju ke arahku. Dia menepis tangan ayah dan menyelamatkanku. Kak Zuhaili segera bangun dan memelukku. Sementara Kak Umairah pula mendukung Ismawati agar dia tidak menjadi mangsa seterusnya. "Kak Aira, ibu matan bubur kak juhaili uat" dalam pelat, Ismawati bertutur. Kak Umairah tersenyum tawar mendengar kata-kata Ismawati.
"Tepi! Biar aku ajar dia! Anak derhaka!" Kak Umairah terkejut mendengar tengkingan ayah mertuanya. Kak Zuhaili berbisik kepadaku, "Kenapa ayah marah sangat ni?"
"Ayah minta duit kat Ika, Ika mana ada duit... Duit bulan ni ayah sudah ambil untuk judi," aku menyahut dalam esakan. Kak Zuhaili berang mendengar kata-kataku. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah ayah. "Ayah! Ayah sebagai ketua keluarga perlu bertanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga! Kenapa Atiqah pula yang kena? Jika ayah minta untuk kebaikan itu tidak mengapalah! Tetapi ayah minta untuk judi!"
Abang Azman marah mendengar kata-kata Kak Umairah. "Judi? Selama ini kita kekurangan wang kerana ayah berjudi?"
Ayah menepis tangan Abang Azman yang menghalangnya. "Kau akan terima balasannya!" ayah menengking sambil jari telunjuknya dihalakan ke arahku. Aku tiada kudrat lagi. "Ibu..." Aku hanya teringatkan ibu yang lumpuh.
"Atiqah!" Kak Umairah menyeru namaku setelah mataku terpejam.
****************************************
"Ibu?" aku hanya menyebut perkataan itu setelah mataku terbuka. Kak Zuhaili kehairanan mendengar tuturku. "Atiqah cari ibu, ya? Ayuh, kita bertemu ibu," dia memapahku ke arah ruang tamu. Lukaku telah dibersihkan dan dibalut. Bilikku ditinggalkan tanpa menutup suis kipas serta lampu.
"Kenapa dengan ibu? Kenapa ramai orang?" aku terasa seperti dapat mengagak apa yang telah terjadi. Aku harapkan ia bukanlah seperti apa yang aku sangkakan. "Jangan salah sangka, Atiqah. Belum lagi, tetapi ....," kata-kata Kak Zuhaili tersangkut. "Tetapi apa, kak?"
"Sudah hampir," jawabnya lemah. Aku terkejut besar mendengar kata-kata yang terpacul dari mulutnya. Aku bingkas berlari ke arah ibu. "Ibu! Ibu!"
Ramai orang yang terperanjat dengan tindakanku. Aku meraih tangan ibu tanpa memperdulikan orang sekeliling. "Ibu?"
"Atiqah...." aku terkesima mendengar ibu berkata-kata. "Ibu... boleh bercakap?" ibu mengangguk lemah. Dahulu, hanya matanya yang boleh bergerak. "Ibu dah nak pergi," tutur ibu. Aku mengangguk lemah. Mengangguk secara tidak ikhlas. "Ibu, mengapa terlalu pantas masa ni berlalu? Kenapa ibu sudah mahu jumpa Allah? Bagaimana Ika nak bersama ibu lagi nanti? Ibu tak boleh berhubung dengan Ika lagi," mataku bergenang, tidak terdaya menahan sedih. Ibu terdiam. "Nanti ibu akan cuba lakukan apa sahaja untuk ketemu kamu," jawab ibu. Aku mencium pipinya. "Ika rasa tak adil , bu. Ika hanya dapat bersama ibu selama 14 tahun."
"Atiqah, itu takdir Allah! Sekurang-kurangnya kamu masih sempat berbual dengan ibu," jawab ibu tegas. "Lihat adik kamu. Hanya empat tahun! Sudah hilang ibu."
Aku terkenangkan nasib Ismawati. Benar kata ibu. Apalah agaknya nasib adikku itu selepas ini. Aku mengeluh perlahan. "Tidak mengapalah, ibu. Atiqah memang perlu redha. Ketentuan Allah."
"Ibu, kirimkan salam Ika, assalamualaikum kepada semua roh orang yang beriman, ya?" Aku mengusap lembut pipi ibu. Aku benar-benar redha kali ini. Pasrah! Sudah nasib aku, apalah yang mampu dibuat. "Atiqah, ibu rasa ibu sudah hendak pergi, ni," ibu berkata kepadaku. Aku terkejut sedikit. Sungguh unik cara ibu pergi! "Assalamualaikum, ibu."
"Waalaikummussalam."
Aku menggamit tanganku ke arah abang sulungku, Abang Irwan. Abang Irwan melangkah lemah ke arahku. Dia mengajar ibu berucap buat kali terakhir. Ibu mencium Abang Irwan, Abang Azman dan Kak Umairah, Kak Zuhaili dan Abang Zulfaqar, aku dan akhir sekali Ismawati. Ayah tiada ketika itu. Berjudi mungkin! Namun aku bersangka baik.
Ibu tersenyum, hujan renyai-renyai mengiringi pemergian ibu dalam keadaan tersenyum. Umpama meratapi pemergian ibu. Aku sedih yang tidak terhingga sehingga tidak mampu dititi bibir. Sejak itu, aku bergelar anak yatim!
*********************************
Abang Zulfaqar melangkah masuk ke dalam bilikku. Abang Zulfaqar merupakan abang iparku, suami Kak Zuhaili. Mereka dinikahkan dalam usia yang sangat muda. Kak Zuhaili hanyalah 15 tahun manakala Abang Zul berusia 17 tahun.
Abang Zul mengusap belakang badanku. "Bersabar, Ika. Ini ketentuan Allah. Ibu sudah janji mahu ketemu sama kamu, kan?"
Aku mengangguk lemah. "Itu Ika tahu, bang. Tapi, ayah langsung tak kelihatan masa arwah ibu pergi." Abang Zulfaqar mengeluh, gelisah dengan perasaanku saat itu. Luka dan parut yang masih berbekas di tubuhku tidak sebesar mana. Tidak sebesar di hatiku!
"Ika pun tak faham apa nasib Isma nanti. Kecil-kecil dah hilang ibu. Ika perlu bersyukur sebab Isma baru berusia 4 tahun , tapi Ika 14 tahun. Beza 10 tahun. Pasti Isma rasa sedih nanti," sambungku.
"Betul tu. Isma memang bernasib kurang baik. Sudahlah hilang ibu, ayah pula seperti biskut sahaja, sekejap ada, sekejap menghilang," sahut Abang Zulfaqar. Aku mengangguk lemah. Aku sebenarnya tidak kisah di atas pemergian ibu kerana aku tahu ALLAH lebih menyanyanginya, namun kepada siapa patut aku curahkan tekanan dan luahan hati? Aku pening memikirkan nasibku. Nasibku tidak seperti remaja yang lain, bahagia bersama kehadiran ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Ke mana perginya bahagia yang menyebulungi diriku selama ini? Bahagia? Aku tidak berasa bahawa aku bahagia sejak lahir.
Ayah seorang yang suka berjudi. Silap hari bulan, aku pula yang dijudinya! Hampir kesemua wang hasil titik peluh ibu dihabiskannya. Kini, aku dan Abang Irwan menggantikan tempat ibu untuk menyara hidup Abang Irwan yang masih belum berkahwin, aku dan Ismawati. AKu dikurung resah kini.
"Tak apalah, Ika. Nanti abang Zul dan Kak Zu pindah ke sini. Teman Isma dan Ika. Ayah pun jarang ada di rumah, kan?" Abang Zulfaqar memujukku. Dia risau denganku walau aku hanya adik iparnya. Aku tersentak seketika mendengar kata-katanya. Ayah? Aku tersenyum sinis.
"Rasanya Pak Osman bukan ayah Ika lagi," aku bangkit dalam senyuman sinis menuju ke ruang tamu. 'Pak Osman,' Abang Zulfaqar berbisik. Dia memerhati langkahku yang ingin keluar daripada bilik. Dia membiarkan sahaja kerana dia tahu, marah dan rajukku ada ubatnya. Dia hanya menggelengkan kepala. Seketika kemudian, Abang Zulfaqar menutup suis lampu dan kipas di bilikku seraya melangkah keluar setelah menutup pintu.
Kelihatan Kak Zuhaili mendekati Abang Zulfaqar. Dia menjongket bahu tanda menyoal sama ada keadaan aku baik ataupun tidak. Abang Zulfaqar menggeleng. "Dia cakap kat abang, yang ayah bukannya ayah kandung dia lagi. Abang cadang nak pindah ke sini, Zu setuju?"
Kak Zuhaili sedikit girang mendengar cadangan suaminya. Dia mengangguk dengan senang hati.
*********************************************
k best !!!! ta sabar na tunggu penyambungannyewrhh
ReplyDelete