"Hebat betul ibu kau, ya?" Katarina bersuara setelah mereka selamat menjejakkan kaki ke dalam kereta Azzamshah. Azzamshah tersengih sambil mengesat peluh di dahinya. Fuh! Keletihan tidak terkata setelah ingin mencari alasan bagi menyelamatkan Katarina tadi. "Azzamshah, aku sudah mahu pulang," Katarina bertutur. "Yakah? Biar aku hantarkan kau, okey? Aku mahu juga berjumpa dengan ibu bapa kau. Sudah lama tidak bertemu mereka."
Katarina berubah perasaan. "Lupakan."
Azzamshah terperanjat. "Mengapa?" "Ibu bapa aku sudah lama berpisah," Katarina menjawab. "Bercerai?" soal Azzamshah lagi. Katarina menggeleng. "Berpisah kerana bapa aku meninggal dua tahun lepas."
Azzamshah terkejut besar. Tutur Katarina tidak mampu melawan kekejutan akibat terdengar bom atom meletup! "Me..mengapa?"
"Bergaduh," keluhan berat Katarina kedengaran. Azzamshah menggelengkan kepalanya. Dia memandu kereta ke arah rumah Katarina. Setelah tiba di perkarangan rumahnya, dia melihat seorang kanak-kanak berlari dan bermain kegembiraan. "Anak saudara kaukah?"
"Adik tiri, Johnny" jawab Katarina pendek sambil melangkah keluar. "Ayuh, mama aku ada di dalam."
Azzamshah hanya diam. Tidak mahu mencurah minyak pada api yang sedang membara. Dalam hatinya terdetik, bagaimana Puan Stella boleh berkahwin dengan ayah tiri Katarina. Namun, dia membiarkan sahaja pertanyaan itu berlalu ditiup bayu angin petang. Dia melangkah masuk ke dalam rumah keluarga sahabatnya menyusuli Katarina. "Mama! My friend is visiting us!"
Puan Stella keluar dalam keadaan tergesa-gesa sambil mendukung seorang kanak-kanak perempuan. "Azzamshah? Is it you?"
Azzamshah mengangguk sambil tersenyum gembira melihat Puan Stella. Dia merenung kanak-kanak berkulit putih gebu di dalam dukungan Puan Stella itu. "Kirana," tanpa disoal Azzamshah, seorang lelaki separuh abad bersuara. "Oh, Kirana!" dia tersengih memandang lelaki itu. "My name is Joey. Husband of Stella," Encik Joey memperkenalkan dirinya.
Katarina kelihatan muak mendengar perbualan mereka. "Azzamshah, tidak mahu minum dulu?" soal Puan Stella. Azzamshah menggeleng. "Saya dan Katarina baru sahaja minum petang di rumah." Puan Stella mengangguk kecewa. "Tidak mengapa, nanti saya datang lagi, ya?" Azzamshah kasihan melihat Puan Stella.
Mendengar kata-kata Azzamshah, duka Katarina sedikit terubat. "Betul?" Azzamshah mengangguk sambil tersenyum. "Mama, itu siapa?" soal Kirana tiba-tiba. Azzamshah melangkah ke arah Kirana sambil tersenyum. "Kawan kakak Katarina."
Kirana mengekek ketawa apabila Azzamshah mendukungnya. Katarina yang melihat dari jauh hanya memerhati bosan.
"Okey, Kirana. Abang Azzamshah sudah mahu pulang. Kakak Kirana itu sudah buat perangai dia," Azzamshah tersenyum memandang Puan Stella. "Selamat tinggal!" Kirana muram. "Bila mahu datang semula?" dalam pelat, KIrana menyoal. Walaupun masih kecil, namun dia sudah cekap bertutur dalam Bahasa Malaysia.
"Okey, aunty, uncle. Saya sudah mahu pulang. Insya Allah saya datang semula esok," Azzamshah tersenyum ke arah Encik Joey. Dia menyalaminya. "Hei, aku sudah mahu pulang! Selamat tinggal. Assalamualaikum," Azzamshah menjeling Katarina. "Waalaikummussalam," ketiga-tiga beranak itu menjawab salam Azzamshah.
Azzamshah melangkah masuk ke dalam keretanya. Dia mengeluh. Kasihan dengan Katarina. Dia segera memandu kereta, meninggalkan perkarangan rumah itu. Jika dahulu Katarina sudah banyak membantunya, kali ini biar dia yang membantu! Azzamshah bersemangat membantu Katarina. Dia berdoa agar pertolongannya menjadi. Tanpa doa dan usaha, ke manalah kejayaan pergi. Azzamshah berpegang pada kata-kata itu.
*********************************************
"Sudah hantar Katarina pulang?" soal Puan Nurin kepada Azzamshah. Azzamshah mengangguk seraya merebahkan dirinya ke atas sofa. "Eh, mana ayah?"
"Solat Asar di surau. Ha, yang abang itu, mengapa tidak solat lagi?" Damia mencelah. Dia menjegilkan matanya ke arah Azzamshah. Azzamshah tersengih. "Maaf, terlupa pula. Nasib baik adik abang yang comel ini ingatkan."
Kembang kucup Damia dibuatnya! Dia menyorok rasa bangganya. Senyumannya juga disorok agar ibu dan abangnya tidak mengusik. Puan Nurin yang sedari tadi hanya mendengar perbualan anak-anaknya tersengih melihat Damia. "Eh, anak ibu sudah gemuklah!" tegurnya dalam tawa kecil.
Azzamshah yang memahami tutur Puan Nurin terus menambahkan perisa buat usikan itu, "Itulah, kembang sangat!"
Bangga Damia serta-merta lesap! Dia menonjolkan rajuknya dengan memuncungkan bibir sepanjang-panjang yang boleh. "Okey, Damia mahu layari internet sebentar," dia bingkas bangun tanda protes. "Sudah siap kerja sekolah?" soal Puan Nurin. Damia mengangguk. "Sudah solat Asar?" Azzamshah menambah panjang muncung adiknya itu. "Dah," pendek jawapan Damia diselangi dengusan lembut.
Azzamshah bangun untuk menunaikan solat Asar. "Ibu, Azzamshah solat di masjid sahajalah, ya?" Puan Nurin hairan. "Solat berjemaah sudah lama tamat." Azzamshah mengangguk. "Sekali-sekala, apa salahnya."
"Baiklah, hati-hati."
Azzamshah mengangguk lagi. Dia sudah kelihatan seperti burung belatuk apabila mengangguk berkali-kali. Kunci kereta sekali lagi dicapainya. 'Memandu kereta ini hobi aku, sekali-sekala apa salahnya.'
**************************************************
"Sis, let us eat!" Johnny menaiki tangga dalam keadaan lapar. Dia mengetuk pintu bilik Katarina. Senyap.
"Sis?" Johnny memanggil kakaknya lagi. Katarina yang sedang leka membaca novel terganggu dengan kehadiran adiknya. Dia membuka pintu dengan kasar sambil membulatkan matanya ke arah Johnny. "Don't you ever disturb me! And one more thing, don't call me 'sis'!" Terkulat-kulat Johnny menahan rasa takut dan gentar tatkala menghadapi kakak tirinya itu. "Ka... kakak tidak mahu ma... makankah?" dalam takut-takut berani, Johnny menyoal lagi. Katarina semakin berang.
"I said no!" dia menghempas pintu bilik. Johnny menahan tangisnya. Dia tidak mahu digelar pengecut. "Johnny? Bunyi apa itu?!" soal Puan Stella dari bawah. Johnny segera turun.
"Mama!" dia memeluk Puan Stella setelah tiba dengan jayanya di meja makan. Air mukanya jelas menunjukkan bahawa dia sedang ketakutan. "Why, my dear?" soal Encik Joey setelah melihat anaknya menangis. Kirana hanya memerhati dan terdiam.
"Mana kakak?" soal Puan Stella pula. "Kakak tidak mahu makan. Dia marah, sebab Joe panggil dia sis," jawab Johnny dalam esakan. Encik Joey hanya menggelengkan kepalanya. "Dia tidak mahu makan?" soal Encik Joey lagi. Johnny menggeleng. Sedu-sedan Johnny menyebabkan Enjik Joey rimas. Dia melangkah ke atas dan mengetuk pintu bilik Katarina.
"Katarina, ayuh kita makan!"
Sepi. Katarina masih leka di dalam biliknya. Melayan novel kisah cinta. Sesekali air matanya bergenang tatkala menatap ayat-ayat dan bait-bait yang menyedihkan.
Sekali lagi ketukan kedengaran. Katarina mendengus sambil mengesat air matanya. "Who's that?!"
"It's your dad," jawab Encik Joey. "Kenapa?"
"Tidak mahu makankah?" soal Encik Joey. "Tidak mahu!" Katarina menjawab keras. Encik Joey hanya pasrah dan berserah. Dia turun ke meja makan. "Bagaimana?" soal Puan Stella pula. Encik Joey hanya menggeleng. Tangisan Johnny sudah lama terhenti.
Mereka makan dalam keadaan yang berlainan. Suatu keadaan yang tidak seperti selalu tanpa kehadiran Katarina. Tetapi Katarina memang jarang makan dengan mereka. Hendak dikatakan jarang? Langsung tidak pernah!
Puan Stella buntu. Dia bercadang hendak membantu Katarina mendapat kebahagiaannya semula. Seketika kemudian, dia mendapat satu akal.
No comments:
Post a Comment